Golongan Marhaen
Salam sejahtera,

"Apalah agaknya soalan yang ditanya nanti?Macam mana cara aku nak jawab soalan tersebut?". Ini merupakan persoalan yang biasa bermain di minda kita semua. Seorang pelajar pasti akan berdebar dan gemuruh sebelum memasuki dewan peperiksaan. Seorang yang ingin ditemuduga juga pasti akan berasa sedemikan di hadapan bilik temuduga. Akan tetapi adakah selalu kita ingat tentang soalan-soalan yang akan diajukan kepada kita oleh Sang Pencipta?


Aku ingin mengingatkan kepada diriku sendiri dan juga teman-teman bahawa sewaktu hidup kita, pada setiap detik, hirupan dan hembusan nafas serta denyutan jantung kita, selagi kita mengakui kita hambaNya, kita sebenarnya tidak akan terlepas untuk menjawab soalan-soalanNya kepada kita nanti. Jika betul jawapannya, maka baiklah balasan dan ganjaran yang bakal kita terima. Sebaliknya jika salah jawapan kita, maka balasan buruk dan seksa jua yang bakal kita terima.


Ringkasnya, hidup ini suatu UJIAN Allah pada hambaNya. Hidup inilah peperiksaan yang sebenar untuk kita. Kita sebenarnya masih lagi diuji sama ada lulus ataupun tidak di dalam 'peperiksaan' ini. Segalanya bergantung kepada setiap soalan yang diajukan kepada kita.


Teman-temanku sekalian,

Persoalannya benarkah hidup ini satu ujian? Jom kita jawab soalan-soalan berikut:-

Jika hidup ini satu ujian, siapakah pembuat soalannya?

Hidup ini ujian Allah untuk hamba-hambaNya. Maka sudah tentu pembuat soalannya adalah Allah Yang Maha Bijaksana, Maha Adil lagi Maha Berkuasa.

Jika hidup ini suatu ujian, siapakah yang akan menduduki ujian tersebut?

Kita hambaNya. Kitalah yang sedang menduduki ujian tersebut dan sedang menjawab soalan-soalan tersebut.

Bolehkah untuk kita memilih untuk tidak menduduki ujian ini?

Tidak. Kerana kita telahpun bersetuju untuk menjadi hambaNya.

Dimanakah tempat ujian tersebut?

Dunia ini tempatnya.

Bilakah masa bermulanya ujian untuk kita?

Kita mula dinilai dan diberikan markah apabila kita telah akil baligh. Masa ujian bermula turut melibatkan kewarasan dan ada antaranya yang melibatkan syarat-syarat lain seperti sampai had atau haulnya sepertimana hukum di dalam Fiqah contohnya zakat.

Bila tamatnya masa ujian tersebut?

Apabila kita telah tidak lagi bernyawa. Kita tidak perlu lagi menjawab soalan-soalan Allah kerana penilaian Allah terhenti di situ melainkan doa anak yang soleh, amal jariah dan ilmu yang bermanfaat yang ditinggalkan.

Bila keputusan ujian diumumkan?

Selepas berlakunya Kiamat.

Dimanakah tempat untuk mengambil keputusan?

Di padang Mahsyar.

Jika kita lulus ujian apa ganjarannya?

Syurga balasannya.

Bagaimana jika kita gagal?

Nerakalah tempat kita akan dihumban ke dalamnya.

Apa yang melekat dan apa yang tidak melekat adalah ringkasan dan pendapat aku sendiri kepada bentuk-bentuk soalan Allah. Moga dengan istilah yang pelik tapi padat ini kalian akan sentiasa ingat pada setiap detik dan saat bahawa kita semua sedang berada dalam dewan peperiksaan 'DUNIA', sedang menduduki ujian daripada Allah dan sedang menjawab soalan-soalanNya sama ada kita sedari ataupun tidak.

Bentuk soalan Allah 'yang melekat' itu adalah diri kita sendiri. Dengan kata lain, diri kita sebenarnya adalah soalan Allah untuk kita. Maksud aku kesemua pancaindera yang melekat pada kita sebenarnya adalah soalan Allah untuk kita semua. Contohnya hati. Jika kita beribadah tetapi tidak ikhlas maka kita menjawab soalan Allah dengan salah. Begitu juga dengan mata kita jika menggunakannya untuk melihat perkara yang maksiat, maka salahlah jawapan kita. Tetapi jika kita menggunakan mata untuk membaca al-Quran, maka jawapan kita akan menjadi betul. Kemaluan pula seringkali menjadi penyebab dan punca ramainya manusia dihumban ke dalam neraka kerana disalahgunakan pada perkara yang tidak dihalalkan Islam.

Bentuk soalan 'yang tidak melekat' itu contohnya adalah seperti harta, anak-anak dan pekerjaan. Contohnya wang yang kita perolehi akan dipersoalkan dari mana sumbernya, adakah daripada rasuah atau sebagainya. Jika kita mendapatkannya melalui jalan yang haram, maka kita sebenarnya tidak menjawab soalan Allah dengan betul.

Selain itu, kita juga diberikan soalan pilihan atau soalan tambahan. Contohnya seoarang yang sudah mempunyai seorang isteri memilih untuk berpoligami. Maka dalam keadaan itu dia sebenarnya memilih untuk menjawab soalan tambahan daripada Allah berhubung dengan nafkah terhadap isteri kedua, ketiga atau keempatnya sama ada nafkah diberikan secara adil mahupun tidak.

Maka jelaslah begitu cantiknya agama Allah yang Maha Suci ini. Tidak sukar sebenarnya untuk kita memahami Islam dan menjawab soalan-soalan Allah jika kita benar-benar faham apakah soalan Allah dan apakah yang perlu kita jawab serta tindak balas kita apabila soalan itu datang kepada kita.

Semoga Allah memberikan kekuatan dan kemudahan kepada kita untuk memahami Islam dengan lebih baik dan sentiasa menjawab soalan-soalanNya dengan TEPAT dan BETUL... Ameen.


Adios.

Golongan Marhaen


FIRMAN Allah S.WT;



"Dan wanita-wanita di kota berkata, "Isteri al-Aziz menggoda anak bujangnya supaya menundukkan diri kepadanya, 'Sesungguhnya cintanya kepada anak bujangnya itu sangat mendalam. Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata'".

Surah Yusuf (12;32)



Malam itu terasa sangat panas oleh Ra'il, wanita cantik yang biasa dipanggil dengan nama Zulaikha. Dia sentiasa menghias cantik rupa paras, menghias diri dan sentiasa memakai wangi-wangian. Kemudian dia berdiri, pagi dan petang di beranda istananya di atas Sungai Nil, dalam kegelisahan yang tidak jelas puncanya. Angin sepoi-sepoi bertiup tenang dan halus, seakan-akan enggan mengusik ranting-ranting pohon bunga yang mengelilingi beranda istana itu.

Zulaikha memandang ke arah sungai dan airnya yang tenang, dan sesekali wajahnya menoleh ke atas, melihat bintang-bintang yang bertaburan di langit, mengelilingi bulan yang sebahagian sinarnya terhalang oleh awan.

Sesaat kemudian, seorang pelayan menghampirinya dengan segelas jus buahan untuknya. Ditolaknya air tersebut dan diperintahkan pelayannya supaya kembali masuk ke dalam. Nafasnya semakin sesak, seolah-olah hampir mencekik lehernya. Dia sendiri tidak tahu apa yang digelisahkannya. Kecantikan? Bukan! Kerana dia adalah wanita tercantik di seluruh Mesir. Anak? Mungkin itu benar kerana sampai saat ini dia masih belum dikurniakan seorang anakpun.

Sebenarnya Zulaikha boleh sahaja mengambil anak angkat yang disukainya, kerana dia orang terkaya di negeri itu. Tetapi naluri keibuannya ternyata menentang niatnya. Dia ingin mengandung dan melahirkan puteranya sendiri, sebagaimana wanita-wanita lain. Tapi suratan takdir mengkehendaki sesuatu yang lain, di mana suaminya sendiri tidak berkuasa mengubah impiannya menjadi kenyataan.

Fikirannya berkecamuk. Zulaikha terleka dalam lamunannya, sehingga suara halus suaminya tiba-tiba mengejutkannya. "Ra'il, isteriku yang cantik, bergembiralah!" Suaminya berkata sambil menunjukkan sesuatu kepadanya.

Zulaikha menoleh kepada suaminya, dan betapa terkejutnya ketika melihat suaminya datang bersama seorang anak kecil. "Siapa namamu?" tanya Zulaikha.

Dengan suara yang hampir-hampir tidak kedengaran anak itu menjawab,"Yusuf..."



bersambung...




Golongan Marhaen
Salam Sejahtera,
Hari ini dalam mahkamah hampir-hampir tercetus perbalahan yang besar antara seorang hakim dengan seorang peguam tua yang terkenal di sini. Masing-masing berbalas-balas soalan dan jawapan. Memang tak dinafikan daripada segi pengalaman, si hakim itu jauh lebih muda berbanding dengan peguam tua tersebut. Yang dah tua dan banyak berpengelaman seharusnya menunjukkan contoh terbaik kepada golongan muda yang baru nak belajar merangkak dan meniarap. Bukannya si hakim mahukan dirinya dihormati, tapi at least si peguam tua itu seharusnya menghormati mahkamah. Takkan perlu diajar adab dan tatacara masuk ke mahkamah semula. Tak gunala kalau dah mempunyai firma yang besar, pekerja yang ramai, pengalaman yang kononnya luas tapi benda basic macam itu pun perlu diajar kembali...
Si peguam tua dah mula bermain dengan emosinya. Dengan suara yang kuat serta bahasa yang agak kasar terus meminta dan mendesak si hakim. Mujurla aku lihat si hakim muda tenang mengawal keadaan. Setiap kenyataan yang dihamburkan dijawab dengan perlahan dan rasional hingga terkedu si peguam tidak berkata apa-apa. Hmm, akhirnya barulah kutahu punca sebenar perbalahan tersebut disebabkan peguam tua itu tidak berpuas hati dengan permohonan penangguhan sambung perbicaraan yang ditolak mentah-mentah oleh hakim itu. Permohonan itu dibuat oleh anaknya.Manakan tidak, datang nak minta tangguh sebab ada kes Mahkamah Rayuan tahun 2009, sedangkan sambung perbicaraan yang ditetapkan untuk kes tahun 2006.
Rupa-rupanya si peguam tua itu memang sudah lama tidak masuk ke mahkamah. Aku dapat tahu niatnya datang ke mahkamah untuk menyatakan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap hakim muda itu..orang macam ini pun ada ek..tapi aku bersetuju dengan soalan yang dihamburkan hakim itu yang membuatkan peguam tua itu tidak mampu berkata apa.
"Bicara bermaksud bicara, bila masa pulak tarikh bicara jadi tarikh untuk tangguh?"
"Datang bawak beg besar, jubah meleret-leret, bawak fail besar, duduk di kerusi empuk, duduk dalam aircond tapi datang untuk minta tangguh?"
Merah padam muka peguam tua itu...
Golongan Marhaen
Salam sejahtera,
Malam ini ketikaku sedang membaca novel, tiba-tiba tercetus suatu ilham yang tidak pernah pun aku fikirkan sebelum ini. Anda semua tentu sudah maklum bahawa kehidupanku yang agak terbatas dalam pergaulan membuatkan aku banyak menghabiskan masa dengan membaca dan menulis alasan penghakiman. Aku merasakan sudah tiba masanya untuk aku berkarya dan berkongsi hasil nukilanku dengan teman-teman seperjuangan.
Selain berkongsi tentang pendapat dan pengalaman serta maklumat dalam kehidupan seharian, aku putuskan untuk berkongsi dengan anda semua tentang kisah-kisah rekaan dan benar dalam bentuk penulisanku sendiri. Mungkin ada kisah-kisah yang akanku coretkan bukanlah suatu kisah yang baru, tapi aku akan cuba menulis berdasarkan cara penceritaanku sendiri. Ruangan "Alkisah" ini sekadar suatu selingan selain memahirkan lagi diriku dalam bidang penulisan dan langsung tiada kena-mengena dengan diriku. Sokongan dan teguran dari teman-teman amat diharapkan. Semoga anda semua terhibur, yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Maaf sekiranya hasil penulisanku tidak memuaskan kalian. Aku pedulik apa, yang penting aku puas! Hahaha...;p
Wassalam
Golongan Marhaen
Salam sejahtera,

Sebenarnya aku dah takde idea nak bagi tajuk apa tentang post aku ni. Tapi aku teringat tentang sms yang aku terima pagi tadi daripada seorang senior di pejabat. Smsnya berbunyi "Potong! Potong! Potong! Potong saja lembu itu." Ringkas tapi mempunyai maksud tersirat sebagai ucapan selamat menyambut Aidiladha. Tergelak kecil bila aku membaca sms tersebut. Amat unik dan kreatif.

Kali ini, aku cuma nak berkongsi tentang pengalamanku menyambut Aidiladha di Kelantan. Seumur hidupku, inilah kali pertama aku beraya di perantauan. Sebelum ini, aku pasti akan pulang ke Johor menyambut perayaaan bersama keluarga tidak kira perayaan Aidilfitri atau Aidiladha. Ketupat dan rendang ayam serta daging pasti akan menjadi hidangan rasmi keluargaku. Walaupun sambutan Aidiladaha taklah semeriah mana berbanding dengan sambutan Aidilfitri di Johor, hidangan ketupat dan rendang pasti tetap akan tersedia meskipun selepas je sembahyang raya semua akan lepak di depan tv atau ada yang tido balik. Berbeza dengan sambutan Aidilfitri yang sememangnya amat meriah di Johor. Dengan marhaban dan baraannya, hinggakan ada orang yang kata raya puasa di Johor adalah sebulan lamanya.

Akan tetapi, selama aku bercuti raya di Johor, perayaan Aidiladaha disambut agak dingin. Bagiku, perayaan ini tak tumpah seperti hari cuti yang biasa. Cukuplah sekadar ingatan dan teladan terhadap pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihimassalam. Akan tetapi, bila ditanya kepada rakan-rakan yang datang dari nun di Kelantan sana, bagi mereka tiada perayaan yang lebih meriah selain dari Aidiladha. Dari dulu aku memang tertanya-tanya bagaimana Aidiladha di sana boleh lebih meriah daripada Aidilfitri.

Hari ini, semua persoalan di benakku tentang perayaan korban di Kelantan terjawab juga akhirnya. Jika di Johor, pukul 8.30 pagi barula solat sunat akan dimulakan, itupun jika masjid telah dipenuhi dengan orang ramai. Tetapi di sini, pukul 7.45 aku telah bergegas ke masjid kerana solat sunat dimulakan awal. Hal yang demikian bagi memudahkan urusan korban yang akan dilakukan sejurus selepas menunaikan solat. Sesudah solat, aku terus menukar pakaian bersiap-siap untuk ke Kg Padang Embun bagi membantu upacara ibadah korban yang akan dijalankan.

Alhamdulillah, dengan rezeki yang ada, dapatlah aku menyumbang 2 bahagian daripada seekor lembu yang dijadikan korban pada hari itu. Di kaawasan tersebut terdapat 7 ekor lembu yang telah disediakan untuk ibadah korban. Begitu juga di tempat-tempat lain yang ada di antaranya hingga berpuluh ekor lembu dijadikan korban. Berbeza dengan sambutan Aidiladha di negeri-negeri lain, upacara korban dan melapah daging hanya dijalankan di sekitar masjid. Tapi di sini, upacara korban dan melapah daging hanya dijalankan di kawasan-kawasan perumahan kampung. Adalah satu kebetulan apabila aku bertemu dengan Zarifi (bekas Perseiden pelajar) yang beraya di rumah atuknya sewaktu kami sibuk melapah dan membahagi-bahagikan daging korban.

Setelah melihat dan mengalaminya sendiri, aku berpendapat menariknya sambutan Aidiladha di sini ialah semangat bekerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain tidak mengira latar belakang keluarga ataupun asal usul selagimana beragama Islam. Baru sahaja bertemu dan bersua tetapi dilayan seperti keluarga. Perbezaan loghat atau dialek bukanlah penyebab jurang antara kami. Aku langsung tidak terasa seperti orang asing meski ini kali pertama menjejakkan kaki ke kawasan tersebut. Begitulah sebenarnya sepertimana yang dianjurkan oleh agama kita. Di sana aku sempat berkenalan dengan ramai orang termasukla seorang doktor bedah yang bertugas di HKL. Beliaulah yang bertanggungjawab mengeluarkan semua isi dalaman lembu korban dalam kumpulan kami. Selepas selesai melapah dan membahagi-bahagikan daging korban, kami dijamah makan nasi berlaukkan sup kambing dan daging goreng di sebuah rumah berdekatan yang aku pun tak kenal siapakah tuan rumahnya..

Mungkin bagi mereka yang berasal dari Kelantan, perkara ini adalah amat biasa terutamanya ketika sambutan Aidiladha setiap tahun. tetapi bagiku, segala persoalan telahpun terjawab tentang kemeriahan sambutan raya korban di sini. Aku nak tergelak bila melihat berita di Buletin Utama malam tadi tentang ibadah korban yang turut disertai oleh seorang artis. Padahal di Kelantan, ibadah tersebut telahpun dilaksanakan 2 hari yang lepas dan masayarakat di sana pada waktu ini sedanag rancak kunjung mengunjungi antara satu sama lain. Memang patutla sambutan Aidiladha di sini tak sama dengan negeri-negeri lain.

Adios

P/S: Apapun, bersyukur sangat-sangat negara kita masih dapat lagi menyambut perayaan dengan aman tanpa bedilan peluru ataupun meriam.. Alhamdulillah..


Golongan Marhaen
Salam Sejahtera,
Aku amat tertarik dengan sebuah cerita rekaan yang sarat dengan mesej pengajaran untuk diriku. Sebenarnya cerita ni dah 2-3 kali aku dengar semasa mengikuti program motivasi dan jati diri. Aku percaya anda semua juga pernah mendengar tentang cerita ini. Bagi yang belum mengetahui tentang cerita ini, diharap mesej di sebalik kisah ini dapat dijadikan pengajaran..
Alkisahnya...
Suatu hari seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan telah menumpang sebuah sampan. Si Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Memang niat sang Professor mencari seorang pendayung yang pendiam agar tidak banyak persoalan diajukan ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun, sang Professor meneruskan kajiannya. Diambilnya sedikit air laut yang kemudiannya diisi ke dalam tabung uji sambil digoyang-goyangkannya. Selepas itu dia menulis sesuatu ke dalam buku catitannya.
Berjam-jam lamanya sang Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Si Pendayung kemudiannya mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya tercetus di mulutnya,
"Hmm, nampaknya hari nak hujan.."
"Baiklah, semua sudah siap, jom kita balik ke darat" kata sang Professor itu.
Si pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. hanya dalam perjalanan pulang sahaja barulah sang Professor membuka mulutnya untuk menegur si Pendayung sampan tersebut.
"Dah lama ke kamu kerja mendayung sampan ni?"
"Hampir seumur hidup saya Prof" jawab si Pendayung ringkas.
"Seumur hidup kamu?" tanya sang Professor sambil membeliakkan matanya tanda tak percaya.
"Ya", balas si Pendayung.
"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain mendayung sampan?" sindir sang Professor. Si Pendayung hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja. Masih tidak berpuas hati, sang Professor bertanya lagi,
"Kamu tahu tentang Geografi?".
Si Pendayung hanya mengggeleng-gelengkan kepalanya sahaja.
"Kalau macam tu, kamu dah kehilangan dan rugi 25% dari kehidupan kamu." Tanya sang Professor lagi, "Kamu tahu serba sedikit tentang Biologi?"
Si Pendayung menggelengkan kepalanya lagi.
"Kasihan. Kamu dah kehilangan 50% dari usia kamu." sindir Sang Professor tersebut. Bertanya lagi sang Professor, "Kamu mesti tahu pasal ilmu Hisab kan?".
Sekali lagi si Pendayung menggelengkan kepalanya.
Sambil tersenyum sinis sang Professor berkata, "Kalau beginilah kehidupan kamu, kasihan sebab kamu sudah rugi dan kehilangan 75% dari kehidupan kamu. Malang sunnguh nasib kamu, semuanya kamu tak tahu. Ilmu Hisab yang mudah macam itupun kamu tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan dengan sia-sia sahaja dan tak berguna kehidupan kamu jika tahu hanya tahu tentang cara mendayung sampan je," kata sang Professor dengan nada sinis dan angkuh. Si Pendayung hanya diam tersenyum sambil meneruskan pendayungannya.
Selang beberapa minit, hujan mulai turun dan angin bertiup dengan kuat. Teroleng-oleng sampan yang dinaiki mereka dilambung ombak. Tidak semena-mena, sampan yang dinaiki mereka terbalik dipukul ombak. Sang Professor dan si Pendayung cuma berpaut pada sekeping serpihan sampan mereka yang pecah dipukul ombak tersebut. Tercungap-cungap sang Professor berpaut pada serpihan tersebut yang kian jauh dibawa arus. Si Pendayung juga berpaut pada serpihan yang sama dengan tenang sekali. Sempat si Pendayung bertanya kepada sang Professor sebelum melepaskan pautannya pada serpihan tersebut,
"Tuan Professor tahu berenang?"
Dengan muka panik, sang Professor mengggelengkan kepalanya. Si Pendayung kemudiannya membalas,
"Kalau begitu, Tuan telah rugi dan kehilangan 100% kehidupan Tuan," kata si Pendayung sambil berenang menuju ke pantai meninggalkan sang Professor yang terkapai-kapai pada serpihan sampan tersebut.
Moral Kisah Ini Untukku:
Dalam hidup ini, jaminan hidup bukan atas pelajaran yang tinggi semata-mata. Sebaliknya ada benda yang kita tak boleh belajar melalui buku tetapi terpaksa menghadapinya melalui pengalaman hidup.
Janganlah kita memandang rendah pada orang lain semata-mata kita menjawat jawatan yang tinggi daripada mereka. Jangan juga dipandang rendah mereka yang kurang berpelajaran daripada kita. Adakalanya mereka yang kurang berpelajaran itulah sebenarnya lebih berjaya daripada kita. Pengalaman yang dimiliki oleh setiap orang berbeza-beza. Kadang-kadang kita perlu belajar dari mereka yang pernah mengalami apa yang belum kita alami.
Hidup ini singkat, jadi tanyalah pada diri kita...untuk apakah ilmu yang kita pelajari jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?
Hikmah Inspirasi: Kepuasan itu terletak pada usaha dan bukannya pada pencapaian. USaha yang sempurna adalah untuk kemenangan yang sempurna...
Adios

Golongan Marhaen


Salam Sejahtera,

Manusia mempunyai dua sifat semulajadi iaitu zalim dan adil. Kedua-dua sifat ini menyebabkan mereka sesat dan tidak melaksanakan amanah Allah Taala. Akibatnya mereka hidup dalam keadaan kufur dan tidak aman. Untuk menyelamatkan mereka daripada keadaan tersebut Allah yang Maha Adil dan Maha Mengetahui memberi hidayah dengan menurunkan Al-Quran dan mengutuskan Rasul supaya mereka dapat berlaku adil dan mempunyai ilmu untuk menghapuskan kezaliman dan menegakkan keadilan.

Ayat Al-Quran berikut merakamkan kenyataan di atas:
(Surah Al-Ahzab ayat 72) Ertinya:

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesunguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

(Surah Al-Baqarah ayat 213) Ertinya:

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisih), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab Neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan. Dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka kitab-kitab suci yang tersebut itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, ( Mereka berselisih ) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman kearah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinnya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahnya kepada sesiapa yang dikehendakinya ke jalan yang betul dan lurus (mengikut undang-undang peraturannya).


PENGERTIAN ADIL

Terdapat beberapa pengertian yang di buat oleh Ulama’ tentang adil:

1. Adil bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya.
2. Adil bererti menerima hak tanpa lebih dan memberikan hak orang lain tanpa kurang.
3. Adil bererti memberi hak setiap orang yang berhak tanpa lebih dan tanpa kurang sesama orang yang berhak dan menghukum orang yang jahat atau melanggar hukum setara dengan kesalahannya.

Daripada ketiga-tiga pengertian yang tersebut dapatlah dirumuskan bahawa keadilan itu:

1. Menjamin hak individu (diri sendiri dan orang lain).
2. Menghapuskan kezaliman.
3. Melaksanakan hukum dengan saksama.
4. Memastikan orang berkuasa tidak menyalahgunakan kuasa dan orang yang lemah tidak teraniaya.



ADIL KEPADA DIRI SENDIRI

Menurut Islam keadilan dan kezaliman boleh berlaku pada diri sendiri dan pada orang lain. Asas keadilan pada diri sendiri ialah iman, amal Soleh dan akhlak mulia. Asas kezaliman pada diri sendiri pula ialah kufur, maksiat dan akhlak yang hina. Selain itu setiap orang hendaklah menjaga hak, keperluan dan kehormatan diri sendiri iaitu hak keperluan dan kehormatan rohani dan jasmani. Sebab itu orang Islam di larang daripada membiarkan diri teraniaya.

Firman Allah Taala: (Surah Al Baqarah Ayat 195) Ertinya:

Dan belanjakan ( apa yang ada pada kamu ) kerana ( menegakkan ) Agama Allah. Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan (dengan sikap bakhil) dan perbaikilah ( dengan sebaik-baiknya segala usaha dan ) perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.

Lebih utama lagi, bagi menegakkan keadilan pada diri sendiri seseorang itu hendaklah berani mengakui kesalahan dirinya sendiri dan bersedia menerima akibat daripada kesalahan tersebut. Keadilan pada diri sendiri itu dapat dipelihara apabila seseorang itu mempunyai ilmu tentang yang benar (hak) dan yang salah (batil), tentang yang baik dan yang buruk, tentang yang berguna dan sia-sia. Orang yang beriman dan menyedari akan hakikat diri dan amalannya akan sentiasa berdoa kepada Allah Taala seperi doa Nabi Adam Alahissalam.

( Surah Al A’raf Ayat 23 ) Ertinya:

Mereka berdua merayu : “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami orang-orang yang rugi.”

Sabda Rasullallah Sallallahu Alaihi Wasallam; Ertinya:
Berlaku adillah walaupun ke atas diri kamu.

Orang yang tidak beriman dan orang yang melakukan maksiat sebenarnya orang yang zalim kepada diri sendiri kerana mereka tidak akan terlepas daripada hukuman Allah Taala di dunia dan di akhirat disebabkan mereka tidak mahu menyahut seruan Islam dan tidak patuh kepada hukum yang ditentukan oleh Allah Taala.



ADIL KEPADA ORANG LAIN

Keadilan kepada orang lain berasaskan penyempurnaan hak mereka dan melaksanakan hukum secara saksama antara mereka, membela orang yang teraniaya dan menghukum orang yang bersalah. Ini berdasarkan ayat Al-Quran:

(Surah An Nahl Ayat 90) Ertinya:

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu ( dengan suruhan dan larangannya ini ), supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya.

(Surah Al Maidah Ayat 42) Ertinya:
Dan jika engkau nenghukum, maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.


Asas bagi melaksanakan keadilan kepada orang lain ialah:

1. Iman dan takwa kepada Allah.
2. Amanah, bertanggungjawab dan Ihsan.
3. Ilmu dan kebenaran bersumberkan Al-Quran, hadis, Ijmak dan qias.
4. Berpandukan kaedah atau prosedur melaksanakan hukum atau undang-undang.

Tanpa berpegang pada asas (prinsip) yang tersebut manusia boleh dipengaruhi oleh kepentingan peribadi atau kebendaan sehigga mereka sanggup melakukan kezaliman dlam pelaksanaan keadilan iaitu:

1. Orang yang lemah tidak mendapat haknya dan orang yang kuat merampas hak orang yang lemah.
2. Orang yang bersalah bebas daripada hukuman dan orang yang tidak bersalah teraniaya.
3. Hukum tidak berlandaskan kebenaran dan keadilan, tetapi berlandaskan kekuasaan dan kepentingan tertentu.


SIFAT ORANG YANG ADIL

Antara sifat-sifat orang (hakim) yang dapat berlaku adil.

1. Mempunyai iman yang kukuh dan bertakwa kepada Allah Taala.
2. Menguasai ilmu syariat dan ilmu Aqliah.
3. Melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab.
4. Ikhlas dan bertawakal kepada Allah Taala.
5. Berperibadi mulia iaitu:

* tidak mementingkan diri sendiri.
* berperikemanusiaan dan belas Ihsan.Â
* bijak dan tegas.
* berani menghadapi risiko.

Sabda Rasullalahi Sallallahu Alaihi Wassalam yang bermaksud :

(Hakim) itu tiga jenis ; dua daripadanya masuk ke Neraka dan satu daripadanya masuk ke Syurga. Lelaki (hakim) yang tahu perkara yang benar, lalu ia menghukum berlandaskan kebenaran tersebut, maka ia masuk ke Syurga. Dan lelaki (hakim) yang tidak tahu perkara yang benar, lalu ia menjalankan hukuman atas kejahilannya,maka ia masuk ke Neraka.




Semoga apa yang daku coretkan ini memberi peringatan untuk diriku sendiri terutamanya dan teman-teman yang lain.



Adios.
Golongan Marhaen

Salam Sejahtera,

Cendol...salah satu santapan yang unik di negara kita. Amat rugi bagi mereka yang tak merasa betapa lazatnya hidangan ini terutama ketika teriknya cuaca. Aku tak nafikan terdapat pelbagai jenis cendol yang telah diubahsuai kandungannya dengan tujuan menarik pelanggan. Seumur hidupku, cuma beberapa tempat yang menjalankan perniagaan menjual cendol mampu memberi kesan kepadaku dek rasanya yang lazat dan sedap.

Aku terpanggil untuk menulis tentang cendol ini berdasarkan pengalaman aku sendiri pada minggu lepas ketika pulang ke Putrajaya bersama seorang rakan. Kami ambil keputusan untuk melalui jalan biasa tanpa melalui highway dari Melaka. Aku percaya ada di antara kita yang pernah mendengar cerita tentang kedai cendol Leman Dawi yang terkenal di Negeri Sembilan. Aku pun hanya dapat tahu mengenainya setelah menonton Majalah 3 yang membuat rencana eksklusif tentangnya. Tertanya-tanya juga aku sedap sangatkah cendol di kedai tersebut hingga boleh masuk dalam rancangan istimewa di televisyen.

Terletak di jalan Rembau-Senawang, aku dapati memang ramai orang berkunjung ke kedai tersebut. Tak putus-putus kenderaan yang keluar masuk di laman kedai tersebut sehingga aku dan rakanku terpaksa menikmati cendol di bawah pondok yang disediakan di luar kedai tersebut. Terdapat pelbagai jenis cendol yang dijual pada harga yang amat murah; cendol pulut, cendol jagung dll. Setelah membayar RM1.50 untuk cendol pulut, aku dan rakanku terpaksa duduk di pondok berdekatan memandangkan keseluruhan tempat duduk telah dipenuhi orang ramai.


Saat pertama aku merasa cendol pulut Leman Dawi yang terkenal itu, tiada apa yang istimewa bagiku. Dengan rasa yang tawar, ditambah lagi dengan pulutnya yang keras aku rasa agak terkilan kerana indah khabar dari rupa. Bagiku, cendol di Melaka adalah 10 kali lebih baik dari apa yang ada di sini. Aku terkenang saat menikmati cendol bersama sahabatku sopi di Bukit Mahkota tak lama dulu. Rasa cendol di sana pun teramat baik dari cendol yang ada di kedai yang terkenal ini.

Aku rasa hairan bagaimana orang ramai boleh singgah di sini semata-mata nak menikmati cendol yang bagi aku tak sedap mana pun. Rupa-rupanya barula aku sedar semua ini disebabkan mentaliti orang kita yang sukakan benda percuma. Memang aku tak nafikan kedai tersebut amat terkenal dengan kemurahan hati pemiliknya yang mana pengunjung boleh menambah cendol yang dibeli dengan harga semangkuk sebanyak yang mana pun. Malah, pengunjung boleh membungkus cendol-cendol tersebut untuk dibawa pulang ke rumah. Percuma! Hm... Masyarakat kita ni jika diletak air mineral percuma pun pasti akan berebut-rebut mendapatkannya. Apatah lagi cendol... Sungguh bijak strategi perniagaan pemilik kedai tersebut.

Berdasarkan pengalaman aku, setiap orang yang berniaga pasti dambakan keuntungan. Mana ada orang yang berniaga inginkan rugi. Rasa was-was menyelinap ke dalam diri tentang cendol yang aku makan ini. Andai korang di tempat aku, sudah pasti korang akan faham dengan apa yang aku rasa pada masa itu. Akhirnya aku dan rakan buat keputusan cukuplah semangkuk sahaja cendol untuk hari itu untuk dijamah. Tak perlulah untuk kami tambah lagi meskipun percuma apatah lagi membawanya pulang ke rumah.
Kami pun berlalu pergi...


Adios.
Golongan Marhaen
Salam Sejahtera,

Tanggal 31 Oktober 2009 bersamaan hari Sabtu yang lepas merupakan antara detik-detik yang manis dalam hidupku. Suatu sejarah dan pertemuan telahpun terlakar dalam kehidupan peribadiku. Tarikh tersebut sebenarnya merupakan ulangtahun pertama perkahwinanku bersama isteri tercinta. Teringat detik-detik manis saat kami diijabkabulkan dan diraikan dalam satu upacara yang cukup sederhana di Kelantan. Walaubagaimanapun, aku agak terkilan kerana tidak dapat meraikan ulangtahun pertama aku dengannya kerana isteriku sedang berpantang di Kelantan seperti yang aku ceritakan sebelum ini. Hanya panggilan dan sms yang jadi pengubat rindu kami antara berdua buat masa sekarang ini. Doaku agar diberi kekuatan untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami dengan sempurna di samping dipelihara perhubungan kami ini untuk selama-lamanya...Ameen..

Tapi bukan itu sebenarnya yang aku nak kongsikan bersama korang semua. Meskipun aku sedih tidak dapat bersama isteri dalam meraikan hari bersejarah tersebut, aku bersyukur kerana Tuhan memberiku peluang yang lain untukku mengecap rasa kebahagiaan bila dapat menghabiskan masa bersama teman-teman perjuangan yang dikasihi. Sebenarnya, pertemuan antara kami telahpun diaturkan awal-awal lagi semenjak minggu lepas oleh seorang teman yang telah aku ceritakan sebelum ini tidak lain tak bukan hackers la orangnya. Sepatutnya pertemuan tersebut melibatkan ramai rakan seperjuangan, tetapi takdir hanya mengizinkan kami berempat sahaja bertemu untuk melepaskan rindu...

Terdapat banyak perkara yang aku belajar pada hari tersebut. Semua itu lazimnya dapat dinikmati dan dialami oleh mereka yang berduit. Aku bersyukur kerana dianugerahkan seorang teman yang kaya raya seperti hackers. Tak perlula aku ceritakan tentang kemewahan hidupnya dalam coretanku kali ini kerana telahpun diceritakan dalam tulisanku yang lepas.

KRONOLOGI PERTEMUAN

1) Waktu Pagi

Bertempat di Mid Vallley, rakanku cokoi (juga dikenali sebagai Insan Biasa) telahpun menunggu di sana bersama hackers. Sebelum itu, aku telahpun menerima panggilan daripadanya semasa melalui Highway Seremban. Seawal jam 8.30 pagi aku bertolak dari kediamanku di Melaka. Cokoi pada hari itu ibarat lembu terlepas 'kandang' memandangkan isterinya mempunyai kerja-kerja yang perlu diselesaikan di ofis. Lebih kurang jam 11.30 pagi, aku tiba di kawasan Taman Melati. Pening jugak kepala mencari jalan sebab dah lama aku tak lalui kawasan tersebut. Akhirnya dengan panduan yang diberikan oleh Hadi Ar- Rais (juga dikenali sebagai Seorang Bukan Sasterawan) aku selamat tiba ke rumah flat yang disewanya. Selepas selesai aku memasukkan baju-baju ke mesin basuh di rumahnya, kami pun bersama-sama bertolak ke Mid Valley sepertimana yang dijanjikan.

2) Waktu Tengah Hari

Mula-mula aku berharap juga kawan-kawanku seperti Pakket Kudut, Sopi Kering, Maarof Santet, Mon Montel dll yang akan turun dalam pertemuan kali ini. Tapi seperti yang aku katakan tadi cuma 4 orang sahaja yang boleh turun pada hari tersebut. Yang lain mungkin sibuk kot dengan urusan kerja dan keluarga masing-masing. Hanya aku, cokoi, hadi dan hackers sahaja yang dapat berkumpul pada hari itu. Kira boleh aku katakan di sini perjumpaan kali ini memang agak unik sebab ia melibatkan perjumpaan antara 'makhluk-makhluk gemuk'...

Tempat pertama kami berjanji temu adalah di kedai Deli Fance yang mana cokoi dan hackers telahpun menunggu aku dan hadi di sana. Terus terang aku katakan, itulah kali pertama aku masuk ke situ. Tak tau apa nak order, aku pun ikut aje apa yang cokoi order. Minuman apa ntah namanya pun aku tak tau sebab waitress kat situ pun tak tau apa nama minuman tu. Si hadi pun turut order minuman yang sama. Agak terperanjat jugakla aku bila tengok cokoi membesar dengan cepatnya dalam tempoh masa 4 tahun ni. Di sana kami berbual-bual mengenai pekerjaan masing-masing.



Kemudian kami pergi menjamu selera untuk makan tengah hari di Restoran San Francisco Steakhouse. Itu pun kali pertama aku & hadi menjejakkan kaki ke situ. Jika harapkan gaji sendiri, terus terang aku katakan jangan harap aku nak makan kat situ saja-saja dan sudah tentu akhirnya aku akan berfikir 10 kali untuk makan kat situ. Masakan tidak, harga sepinggan hidangannya sahaja menyamai harga 2-3 hidangan makanan jika aku makan kat F1 atau kat restoran western yang lain. Di sana, kami dihidangkan dengan mushroom & onion soup, garlic bread, chicken wings 2 mangkuk, lamb rack, t-bone etc. Tapi kami tak kisah makan banyak sebab kan aku dah cakap tadi perjumpaan kali ni melibatkan pertemuan makhluk-makhluk gemuk, jadi sudah tentula tiada sebarang pembaziran berlaku. Cuma aku tertanya-tanya, berapalah bil yang si hackers tu kene bayar ek...

3) Waktu Petang

Selesai menjamu selera, kami menunaikan solat di surau yang disediakan. Pertemuan kami tidak lekang dengan gelak tawa dan senda gurau antara satu sama lain. Kami seterusnya pergi ke satu lagi tempat yang aku tak pernah pergi sebelum ini; Kenko Reflexology & Fish Spa. Seriously, kalaulah aku tak dibawa ke sini sudah pasti aku takkan ada keinginan nak masuk dan mencuba kat tempat sebegini. Tapi disebabkan bukan aku yang bayar, so aku pun tak kisahla untuk mencuba di tempat-tempat eksklusif sebegini. Kos untuk kami berempat sahaja dah menelan belanja hampir RM200 untuk tempoh setengah jam. Pengalaman yang aku dapati di sini memang tak boleh dibeli dengan wang ringgit, jadi untuk korang yang berduit aku cadangkan korang pun mencuba sekali.

Mula-mula kami dikehendaki membersihkan kaki masing-masing sebelum nak diberi 'makan' kepada ikan. Aku difahamkan ikan yang digunakan di sini ialah ikan Garra Rufa yang berasal dari Turkey. Ikan-ikan ini memakan kulit-kulit mati di kaki kita dan juga berkesan dalam merawat pesakit-pesakit eczema dan psoriasis. Masa mula-mula aku masukkan kaki ke dalam kolam tersebut, rasa geli tak ingat. Terbahak-bahak aku dengan hadi ketawa masa tu. Tapi aku tengok cokoi dan dauh selamba je. Mungkin dauh selamba sebab dia selalu pegi ke situ. Cokoi pulak mungkin sebab kulit kaki dia dah tebal dek selalu berkaki ayam di kampungnya.

Aku rasa kagum dengan si cokoi ni sebab lepas beri kaki dia 'dimakan' ikan-ikan kecil, dia berubah tempat ke lokasi ikan-ikan besar pulak. Memang tebal betulla kulit kaki dia. Si dauh pun tak berani nak letak kaki dia kat situ. Aku dengan hadi mengambil masa yang agak lama untuk membiasakan diri. Apabila diperhatikan, rasa seolah-olah kaki kami digigit oleh ikan piranha pun ada jugak...

Di sana, kami berpeluang mengimbau kenangan sewaktu belajar dahulu. Alangkah indahnya jika masa boleh diputarkan kembali. Selesai menjalani 'terapi kaki' yang amat memuaskan hati kerana hasilnya kaki-kaki kami menjadi licin dan segar, kami turun menuju ke The Dome untuk minum petang. Kat sana kami minum mocha sambil makan sausages, wedges & french fries...Makan lagi... tapi cokoi tak dapat duk lama dengan kami sebab diserang penyakit TB..hehehe (untuk golongan yang Takut Bini laa..) rileks cokoi, gurau aje.. cokoi kene amik bini dia kat ofis petang itu sesudah menerima panggilan wajib dari Puan Asmah..Tinggallah aku, hadi & dauh yang melepak kat sana sampai pukul 6.30 petang...

4) Waktu Malam

Selepas menunaikan solat Asar, kami kemudiannya naik ke tingkat 3 untuk menonton wayang. Dauh dan keluarganya menonton wayang jam 11.15 malam, manakala aku dgn hadi memilih jam 9.15 malam untuk menonton Papadom. Best siut cerita Afdlin Shauki yang satu ni. No wonderla filem dia menang Festival Filem Malayisa baru-baru ini. Tahniah Afdlin...

Dauh kemudiannya naik ke hotel selepas mahgrib untuk bersama-sama dengan keluarganya. Tinggallah aku & hadi berdua berjalan-jalan sementara nak tunggu waktu tayangan. Banyak perkara yang kami berdua bualkan yang tak perlula aku nak kongsikan dengan korang dan banyak jugakla duit aku habis sebab shopping malam tu...habis tayangan dalam jam 11 malam..

Pukul 12 malam baru aku sampai ke rumah hadi untuk tumpang tidur dan rehat. Walaupun badan terasa letih yang amat, perut terasa kenyang yang amat dan mata yang terasa mengantuk sangat, aku berasa amat puas sebab dapat bertemu dan meluangkan masa seharian bersama teman-teman seperjuanganku...Terasa seperti di zaman belajar dahulu..Tak ku sangka begitu cepat masa berlalu..

Buat hackers @ dauh, semoga Tuhan murahkan lagi rezeki anda... Semoga boleh buat gini sokmo... Buat rakan-rakan yang lain, semoga dapat kita bertemu di masa-masa yang mendatang..


Adios.
Golongan Marhaen
Salam Sejahtera,

Hari ini merupakan aku pertama memulakan tugas setelah 2 hari bercuti. Masih terasa letih dan penat badan ini setelah memandu hampir 12 jam semalam. Nak buat macam mana, dah isteri aku nak berpantang kat Kelantan pulak, kenela bersikap adil kan sebab dia dah duk sebulan kat umah mak mertua dia. Bagila peluang untuk mak dia sendiri jaga dia pulak. Kira untuk tempoh sebulan ni hingga Raya Haji aku membujang trang tang tang la jawabnya... Sedih jugak sebab aku tak dapat tengok anak dan isteri untuk tempoh sebulan, tapi nak buat macam mana tanggungjawab cari nafkah perlu aku teruskan.





Tapi bukan itu aku nak kisahkan dalam coretan kali ini. Walaupun aku duduk kat sana tak lama, aku rasa bersyukur sangat kerana tersembunyi hikmah di sebalik kepulanganku ke Kelantan untuk menghantar anak dan isteriku. Yang pertamanya, hilang rasa penatku digalang gantikan dengan ketenangan apabila melihat kehijauan bumi Tuhan di kampung isteriku. Terlupa sejenak tentang beban kerja yang aku tinggalkan di pejabat minggu lepas.


Yang keduanya, aku berkesempatan bertemu dengan seseorang yang boleh aku panggil sebagai sahabat semasa belajar dahulu. Hampir 4 tahun terpisah, akhirnya dipertemukan jua dengan izin-Nya. Di kalangan teman-teman, siapa yang tak kenal dengan hackers atau nama penuhnya Mohd Nur Firdaus... Dia adalah antara sahabat yang boleh dikatakan selalu jugakla melepak di bilikku bersama rakan-rakan yang lain. Si hackers ni pandai mengurut, suka makan makanan eksotik dan tak pernah berenggang dengan beg sandangnya. Bila sebut pasal hackers aku mesti teringat waktu dia masak ulat sagu goreng kat bilik aku dulu. Bukan setakat ulat sagu, malah dia pun pernah masak daging blackpaper serta gemar membawa minuman kopi yang mahal-mahal untuk dijamah oleh aku dan rakan-rakanku yang lain.

Tanggal 25 Oktober jam 1.00 tengah hari, kami berjanji untuk bertemu di Pusat Batik Kelantan. Pertemuan kali pertama setelah berpisah 4 tahun dahulu benar-benar memeranjatkan aku. Dengan berpakaian batik dan menaiki Toyota Wish, hackers benar-benar telah mengubah penampilannya yang jauh berbeza semasa kami belajar dulu. Katanya dia baru abis meeting dengan client dia. Dia telahpun memulakan firma guamannya semenjak 2 tahun yang lepas. Selaku pemilik firma M.N.Firdaus &Associates, dia mestilah kene jaga penampilannya.

Aku selanjutnya dibawa ke Restoran Four Seasons yang tak kurang hebatnya di Kelantan. Sesampainya di sana, terkejut jugakla aku sebab masa tu restoran tersebut dipenuhi dengan ramai VVIP termasuk pemain-pemain bolasepak negeri Kelantan yang kebetulan sedang meraikan kejayaan mereka menumpaskan KL Plus minggu lepas. Aku kemudiannya dibawa menjamu selera ke bilk VIP yang ditempah khas oleh hackers. Bukan main segan lagi aku sebab Datuk Anuar Musa pun makan kat ruangan terbuka, aku dengan hackers pulak makan kat tempat VIP pulak. Tapi dari situ aku boleh nampak kemewahan hackers selaku pemilik firma guaman. Sambil menjamu selera, kami mengimbau kenangan sewaktu belajar dahulu dan perkembangan rakan-rakanku yang lain. Daripada dulu si hackers ni memang tak pernah berkira dengan kawan-kawannya.

Selesai makan, aku dibawa melawat firma guaman milik hackers yang bagi aku amat besarla untuk seorang peguam muda sepertinya. Pejabatnya dilengkapi dengan 2 set sofa serta televisyen dan mempunyai staf seramai 4 orang. Sebagai seorang yang agak rapat dengannya, aku berasa bangga melihat sahabatku telah berjaya dalam kerjayanya meskipun menurutnya masih banyak lagi yang perlu dibaiki.


Aku respek kat dia sebab dia mengusahakan firmanya tanpa bantuan sesiapa. Beliau tidak mempunyai 'kabel' seperti bebarapa rakanku yang lain... tiada pengaruh yang besar dari sanak saudara tetapi masih mampu buktikan dirinya berjaya. Jika aku imbas sewaktu belajar dahulu, hackers ni bukannya tergolong dalam pelajar yang bijak pandai pun. Samala macam aku jugak cukup-cukup makan aje.. Tapi hari ini dia telah buktikan yang usaha itu tangga kejayaan. CGPA bukanlah penentu dalam menentukan kayanya atau miskinnya seseorang itu. Selagi ada usaha, selagi itu pintu rezeki akan terbuka dengan luasnya.


Buat sahabat-sahabat seangkatan, aku turut merasa bangga dengan apa yang telah korang lalui. Cuma aku harap, bila dah berjaya nanti janganlah riak atau sombong dengan kejayaan korang. Aku juga amat berharap untuk dipertemukan dengan korang semua pada masa-masa mendatang...Tabik springla untuk korang...


Adios

Golongan Marhaen
Salam Sejahtera,


KPI atau nama penuhnya Key Performance Indicator ataupun Petunjuk Prestasi Utama... Aku yakin pada sesetangah orang, isu ini bukanlah suatu isu yang baru. Telah banyak pendapat diberikan berhubung isu ini dan mungkin ramai juga di kalangan kita yang beranggapan tidak wajar lagi perkara ini difikirkan. Ada juga yang akan kata tak perlu lagi perdebatkan hal ini sebab ia sudah basi. Malah pelaksanaannya telahpun dikuatkuasakan sejak pemimpin-pemimpin baru mengambil alih teraju kepimpinan negara. Akan tetapi, buat sesetangah orang macam aku, aku masih lagi terfikir akan keberkesanan sistem ini. Adakah ia diadakan dengan tujuan yang murni untuk membaiki perkhidmatan? Atau adakah ia dibuat semata-mata mahu mengambil hati rakyat? Sejauh manakah keberkesanan KPI ini? Atau hanya kepincangan yang ditimbulkan akibatnya?

Memang aku tak nafikan, bagi sesetengah pihak, KPI merupakan satu elemen yang amat penting dalam menjamin kejayaan institusi mereka. Contohnya dalam bidang pengeluaran, nyata KPI bukan sahaja telah berjaya menjimatkan kos serta masa yang terlibat, malah berjaya menjana keuntungan yang berlipat kali ganda dalam industri tersebut selain kualiti barang yang dikeluarkan turut terjamin. Begitu juga dalam industri perkhidmatan, aku tidak nafikan yang KPI ini nyata memberi kepuasan kepada pelanggan-pelanggan yang terlibat dalam menggunakan perkhidmatan tersebut.

Tindakan kerajaan melaksanakan KPI di setiap peringkat jabatan dengan mengambil contoh daripada beberapa negara maju yang lain memang patut dipuji. Akan tetapi perlu aku peringatkan, tidak semua perkara boleh diterima bulat-bulat. Kajian seharusnya dilakukan dengan lebih mendalam lagi bagi memastikan keberkesanan sistem ini di negara kita. Hal yang demikian adalah perlu memandangkan negara kita telahpun mengamalkan sistem-sistem yang sudah sedia berjalan di samping mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa, agama adat dan budaya.

Cuma aku agak terkilan dengan ketiadaan ketelusan dalam mengadaptasikan KPI oleh kerajaan kepada setiap aspek yang diperlukan untuk sistem-sistem yang sememangnya sudah sedia ada di sini. Baru-baru ini aku berkesempatan untuk berbual-bual dengan salah seorang pegawai polis berjawatan tinggi di negara ini. Menurutnya sistem kepolisan di negara ini juga wajib diserapkan dengan KPI. Dalam tempoh setiap bulan, terdapat angka tangkapan yang perlu dilakukan. Jika angkanya rendah mungkin aku tidak kisah tapi aku agak terperanjat jugala bila dapat tahu tentang jumlah tangkapan yang perlu dipenuhi oleh setiap balai di setiap daerah.

Bila aku bertanya kepadanya macam mana nak dapat angka macam itu setiap bulan. Dengan selamba pegawai tu menjawab, "Senang saje, tangkap je mereka yang duk berkeliaran di luar sana, agak-agak bukti tak cukup, kita lepaskanlah mereka. Kalau tak kami juge kene menjawab kat pihak atasan kenapa tak capai target."

Tercetus dalam hati aku, bukankah ini suatu penganiayaan terhadap mereka yang sememangnya tak bersalah. Timbul lagi dalam benak aku, bagaimana kalau dalam sesuatu daerah itu memang tiada jenayah(mungkin agak mustahilla buat masa sekarang ini). Adakah orang awam akan ditangkap sewenang-wenagnya hanya untuk pihak polis menyiasat aduan-aduan yang mereka tak siasatpun sebelum ini?
Tiba-tiba aku teringat tentang kisah seorang perempuan yang ditahan polis atas kesalahan mencuri laptop. Perempuan tu umur baru 24 tahun tapi dah ada 2 anak. Yang paling kecil baru berusia 5 bulan. Dia dah kene tahan 4 hari, tapi polis still nak sambung lagi 3 hari reman. Aku pelik kenapa polis nak tahan dia lama lagi sebab siasatan dahpun selesai, barang kes dah jumpa dan ada pengakuan dirakamkan. So masa nak sambung tu, aku lihat perempuan tersebut menangis teresak2. Bila ditanya, dia kata terkenangkan anaknya yang masih bayi itu lagi. Rupa-rupanya baru aku dapat tahu yang anak dia telah dimasukkan ke wad ICU sebab tak dapat menyusu ibu. Anak dia tak minum susu lain sejak lahir lagi. Syahdunye aku rasa sebab sebagai seorang ayah, aku faham perasaan dan situasi perempuan tu. Ibu bapa mana tak sayangkan anak. Bila perempuan tu dibebaskan dan permintaan polis ditolak, aku lihat air mata perempuan tu makin banyak yang mengalir sambil mengucapkan rasa syukur dan terima kasih yang tidak putus-putus dari mulut perempuan tu. Bukankah ini suatu penganiayaan? Bukan aku nak persoalkan kerja polis, tapi kalau semua dah selesai buat apa nak tahan org dalam lokap lama-lama semata-mata nak capai target...

Macam tu juga dengan sistem kehakiman di negara kita ni. Kadang-kadang aku terfikr perlukah KPI diterapkan dalam sistem tersebut? Bukan apa, kita semua maklum dalam sistem tersebut, kerjasama daripada semua pihak amat perlu untuk menjamin keadilan kepada semua pihak. Contohnya dalam sesuatu kes perbicaraan, kehadiran semua pihak seperti pegawai pendakwa, peguambela, saksi, tertuduh tak terkecuali hakim itu sendiri amat perlu sebab tanpa kehadiaran pihak-pihak, kes akan pincang jadinya dan secara tidak langsung, keadilan pasti akan tercalar. Dan of course, kes terpaksa ditangguhkan jika pihak-pihak tiada kerjasama. Tapi bagi aku, daripada kes dibuang begitu sahaja (dnaa), biarla tangguh sekejap pun, yang penting semua pihak rasa puas hati terutamanya mereka yang menjadi mangsa.

Aku bagi contoh yang mudah, sekiranya peguambela tak dapat hadir ke mahkamah atas alasan yang tertentu dan hakim asyik duk mengutamakan KPI, sudah pasti kes akan diteruskan dan tertuduh yang sudah bayar duit kepada peguamnya pasti akan terpaksa menyoal saksi-saksi sendiri. Adilkah kepada tertuduh yang belum didapati bersalah lagi? Situasi sebaliknya, jika saksi pendakwaan pula tidak hadir dan tertuduh yang sememangnya melakukan kesalahan pula hadir bersama peguamnya, jika hakim asyik mengutamakan KPI sudah pasti akan membuang kes tersebut hanya sebab nak cukupkan statistik. Adilkah itu kepada mangsa pula?

Tapi kita memang tak boleh nak salahkan mereka sebab mereka pun terikat dengan arahan orang atasan. Itu periuk nasi mereka. Macam kawan aku cakapla sekarang ni kalau asyik duk kejar KPI je, mahkamah kat negara kita ni pasti akan jadi macam kedai runcit. Akhir bulan asyik kira statistik berapa kes selesai berapa yang tak selesai. Keadilan entah ke mana, mangsa tetap kekal sebagai mangsa, pesalah pula bebas dengan gembira.

Apa yang aku nyatakan di atas ini cuma sebahagian daripada contoh yang aku lihat depan mata. Aku percaya terdapatnya sistem di negara kita ini yang wajar diterapkan dengan KPI sebab ia pasti memuaskan hati semua pihak dan menjana keuntungan yang kita nikmati bersama tapi bukan semua. Aku khuatir kalau KPI diterapkan tak kene gaya, ia pasti akan menyebabkan kita tergelincir dalam mencapai matlamat yang asal yang utama. Bukan aku tak akui keberkesanan KPI ni dalam kerja, cuma aku harap ia dapat diadaptasikan secara tepat dan selari dengan sistem-sistem yang sedia ada dan bukan hanya bertumpu kepada angka dan statistik semata-mata. Janganlah cepat melatah, sebaliknya kajilah dahulu sebelum membuat keputusan.

Ini cuma pendapat aku sahaja, mungkin ada yang bersetuju, ada juga yang tidak bersetuju. Mungkin...


Adios.


p/s: gambar-gambar sekadar hiasan semata-mata.

Labels: 8 comments | edit post
Golongan Marhaen

Title: What should I do to marry a rich guy?



I'm going to be honest of what I'm going to say here.I'm 25 this year. I'm very pretty, have style and good taste. I wish to marry a guy with $500k annual salary or above.You might say that I'm greedy, but an annual salary of $1M is considered only as middle class in New York.My requirement is not high.
Is there anyone in this forum who has an income of $500k annual salary?
Are you all married?
What should I do to marry rich persons like you?
Among those I've dated, the richest is $250k annual income, and it seems that this is my upper limit.If someone is going to move into high cost residential area on the west of New York City Garden, $250k annual income is not enough. I'm here humbly to ask a few questions:
1) Where do most rich bachelors hang out? (Please list down the names and addresses of bars, restaurant, gym)
2) Which age group should I target?
3) Why most wives of the riches are only average-looking? I've met a few girls who don't have looks and are not interesting, but they are able to marry rich guys.
4) How do you decide who can be your wife, and who can only be your girlfriend? (my target now is to get married)
Ms. Pretty
An awesome reply from CEO of J.P. Morgan:
Dear Ms. Pretty,
I have read your post with great interest. Guess there are lots of girls out there who have similar questions like yours. Please allow me to analyse your situation as a professional investor.My annual income is more than $500k, which meets your requirement, so I hope everyone believes that I'm not wasting time here.From the standpoint of a business person, it is a bad decision to marry you.
The answer is very simple, so let me explain.Put the details aside, what you're trying to do is an exchange of "beauty" and "money" : Person A provides beauty, and Person B pays for it, fair and square. However, there's a deadly problem here, your beauty will fade, but my money will not be gone without any good reason.
The fact is, my income might increase from year to year, but you can't be prettier year after year .Hence from the viewpoint of economics, I am an appreciation asset, and you are a depreciation asset. It's not just normal depreciation, but exponential depreciation. If that is your only asset, your value will be much worse 10 years later.By the terms we use in Wall Street, every trading has a position, dating with you is also a "trading position".If the trade value dropped we will sell it and it is not a good idea to keep it for long term - same goes with the marriage that you wanted.
It might be cruel to say this, but in order to make a wiser decision any assets with great depreciation value will be sold or "leased".
Anyone with over $500k annual income is not a fool; we would only date you, but will not marry you. I would advice that you forget looking for any clues to marry a rich guy. And by the way, you could make yourself to become a rich person with $500k annual income. This has better chance than finding a rich fool.
Hope this reply helps. If you are interested in "leasing" services, do contact me.
signed,J.P. Morgan CEO
Golongan Marhaen
Salam Sejahtera,


Pengalaman bekerja selama beberapa tahun di sini telah membuka mataku kepada pelbagai perkara. Salah satunya tentang hubungan sesama manusia yang terjalin. Sesungguhnya persahabatan yang terjalin sebelum dan selepas memasuki alam pekerjaan nyata berbeza. Jika dahulu, kita bersahabat atas dasar keikhlasan dan kasih sayang, tapi aku tertanya pada diri wujudkah lagi persahabatan seumpama itu di alam pekerjaan?

Memang tak dinafikan, dengan apa yang ada sekarang sukar untuk aku nilai persahabatan dan pujian yang diberi oleh mereka yang ingin merapati diri. Buat sahabat-sahabat seangkatan terdahulu, sesungguhnya aku tidak pernah meragui keikhlasan dalam persahabtaan kita dahulu, kini dan selamanya... Tetapi kepada 'orang luar' yang menghulurkan suatu ikatan persahabatan, timbul keraguan dalam diri tentang niat asal mereka kerna dikhuatiri sebalik persahabatan yang dihulurkan dan pujian yang dihamburkan, tersirat 1001 alasan tersembunyi yang tidak aku ketahui. Bagiku, sukar untuk mempercayai kata-kata mereka yang tidak pernah mengenali diri ini.

Sebagai insan biasa, kuakui semua suka dipuji termasuk diri ini..dihamburkan kata-kata yang manis seperti madu. Tiada seorang pun yang suka didirinya dihina dan dikeji. Akan tetapi, ramai yang telah hanyut dan leka hingga ramai yang lupa diri akibat perasaan bangga, ujub dan takbur yang semakin hari semakin memakan diri. Aku malu pada Tuhan dan diriku mendengar pujian orang buatku, kernaku tahu aku tidak layak untuk itu...

Wahai Illahi, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui tentang hamba-Mu ini, tentang dosa dan noda pada anggota jiwa ini.

Dalam kesunyian ku pohon keampunan dan janganlah pujian orang itu hanya igauan sedangkan aku dalam lembah kemurkaan. Kupohon lautan keampunan dan limpahkan kepadaku lautan keikhlasan.. hingga pujian atau makian tidak akan menggugat perasaan.

Tuhanku,
Ampunilah aku bila aku dipuji sedangkan Engkau mengerti diriku ini yang tidak cukup murni. Siapalah aku dibandingkan dengan hamba-hambaMU yang suci; para Mujahid yang cukup berbakti. Sedangkan aku hanya di pinggiran budi; belum cukup harta, belum cukup airmata yang dicucuri, belumpun darahku ditumpahi atau nyawaku dikorbani...mereka sudahpun memuji. Baktiku belumpun terbukti.. bahkan jauhnya antara langit dan bumi.

Maka, tutupilah kelemahan diri ini. Tatkala dahiku merapati bumi, kutangisi dalam kesunyian dinihari. Aku ratapi aku amat malu padaMU Illahi. Aku bimbangkan nifaq diri tersembunyi. Bimbangkan puji membunuh kejujuran naluri..

Wahai Illahi,

Ampunkan aku kerana tak layak dipuji...

Ampunkan mereka kerana salah memuji...



Adios.

Golongan Marhaen




Salam Sejahtera,


Aku percaya coretanku ini bukanlah suatu isu yang baru. Sejak berzaman lagi isu ini telah dibincangkan dan diperdebatkan oleh semua golongan masyarakat. Akan tetapi, aku terpanggil untuk menulis tentang isu ini setelah apa yang berlaku semalam.



Alkisahnya...


Kecoh betul di kalangan rakan sekerja aku petang semalam bila dapat tahu ada seorang Majistret (selepas ini aku rujuk sebagai 'mamat tersebut') kene tahan reman dek rasuah. Aku rasa satu Malaysia pun tentu tertanya-tanya sebab benda ni telahpun disiarkan di Buletin Utama malam tadi. Mula-mula aku pun tertanya-tanya siapa gerangan Majistret tersebut sebab perkara ini bagi aku amat serius. Bukan sahaja beri kesan kepada rakan-rakan beliau, malah mengundang persepsi negatif masyarakat terhadap profession ini.


Aku pun telefon kawan-kawan aku yang kebetulan bertugas sebagai DPP di kelantan. Daripada beliau aku dapat tahu rupa-rupanya Majistret tersebut diperangkap oleh staf beliau sendiri termasuk P.O (prosecuting officer) yang beliau percaya. Tak dapat aku bayangkan macam manala mamat tersebut hendak membela diri seandainya beliau dituduh nanti sebab dari sumber yang aku terima, anggota SPRM sumua sudah berkumpul dekat stesen minyak tempat mamat tu ditangkap, gambar-gambar juga telah diambil, malah duit yang mamat tu terima pun telah ditandakan oleh SPRM. Kejam betullah siapa yang perangkap mamat tersebut. Tapi tak boleh nak salahkan SPRM, mamat tu pun mangkuk jugak, sapala suruh terima duit dari P.O dia kat tempat-tempat macam tu....bukannya banyak pun, RM3000 je...


Kisah di sebaliknya yang aku terima pula ialah 2-3 hari sebelum kejadian, staf yang trap mamat tu telah tipu duit personal loan RM40,000 yang dibuat oleh mamat tu. Ada ke patut mamat tu suruh staf dia ambilkan duit tersebut kat bank, siapa tak gelap mata kalau ada duit tunai sebanyak tu dalam tangan. Berbalik kepada cerita yang aku terima, mamat tu pun bengangla kene tipu dengan staf dia, terus dia buat repot polis dan tahan staf dia kat balai. Yang aku dengar mamat tu pun terlibat sekali dalam membelasah staf dia kat lokap. Bila reman selesai, mestila staf dia tak puas hati.


Menurut sumber yang dipercayai juga, mamat tu kene tangkap masa dia jumpa P.O dia yang semmangnya dah berpakat dengan staf dia kat stesen minyak Esso tu. Dengar cerita mamat tu nak pinjam duit P.O dia...tup tup dah kene ambush dengan SPRM. Entah aku pun tak tahu betul ke mamat tu nak pinjam duit atau memang dia terlibat dengan aktiviti tak siuman nie...Wallahua'alam.


Apapun, aku cuma kesiankan isteri mamat tersebut je. Sudahla tengah sarat mengandung 7 bulan, kene pulak dugaan yang sebegini. Bersabarlah ye...
Cuma satu pesananku untuk rakan-rakan yang di luar sana, JANGAN MUDAH PERCAYA PADA SESIAPA.
Komentar

Sebenarnya, bila kita memegang suatu jawatan yang besar, makin besarlah amanah dan tanggungjawab yang perlu kita pikul. Aku tak nafikan ramai orang akan cuba dampingi kita bile kita berkuasa, tapi sebenarnya kita sendirilah yang memilih haluan mana yang kita nak ikut. Kita semua tahu gaji pegawai kerajaan ni bukannya besar sangat, tapi itu bukanlah satu alasan untuk kita semua terima rasuah. Jangan dilupa sabda Nabi mafhumnya pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya golongan neraka.

Apa yang aku coretkan ini bukanlah rekaan semata-mata tetapi berlandaskan fakta. Analogi yang cukup mudah; pernahkah kita dengar orang-orang yang berduit ni dampingi tukang kebun, tukang sapu sampah dll. Tak pernah kita dengar orang beri rasuah pada tukang kebun atau tukang sapu sampah. Sebaliknya, orang-orang macam kita yang berpangkat tak sebesar mana inilah yang terdedah kepada temptation seperti ini. Tiba-tiba teringat petikan kata-kata dalam cerita Spiderman: Where there is great power, comes great responsibility.

Kita menentukan siapa diri kita. Untuk dapat kebahagian ada 2 jalan; jalan yang senang dan jalan yang sukar. Jalan yang senang ni memamng mudah dan cepat, tapi takkan kekal lama. Biarlah kita bersusah-suah dengan gaji yang cukup-cukup makan ni, yang penting kita laksanakan tugas kita dengan amanah.

Pokok pangkalnya, janganlah mudah kita terkeliru dengan kesenangan yang nampak mudah di hadapan mata kita. Ramai orang cuba mengelirukan kita tetapi akhirnya kita sendiri yang pilih kita nak jadi apa. Pilihlah untuk elak rasuah.


Untuk Sahabat Seangkatan, Ikutlah Peraturan yang Ditetapkan


Kebebasan bukanlah hak mutlak kita sebagai manusia dan hamba kepada Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. Selagi kita dinamakan manusia pada hakikatnya kita tidak bebas untuk melakukan apa sahaja. Di mana juga kita berada dan ke mana juga setiap langkah yang hendak dibawa dalam kehidupan kita ada peraturan dan tatacara yang mesti kita patuhi.

Setiap sesuatu ada peraturan sama ada kita suka atau tidak. Misalnya jika kita hendak makan, kita disyaratkan memasukkan makanan menerusi mulut dan kita tak boleh memasukkan makanan melalui hidung dan sebagainya hanya kerana kita ingin bebas dan enggan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Kita tak boleh melangkah kehadapan tanpa menggerakkan kaki kita dan tidak boleh tidak melangkah kaki kita untuk sampai ke destinasi yang hendak dituju hanya kerana kita ingin bebas.
Apa yang jelas itulah peraturannya. Jika enggan mengikut peraturan kita akan kelaparan dan kita juga tidak akan sampai ke destinasi yang hendak dituju. Bagiku, tiada kebebasan mutlak dalam ertikata yang sebenar. Mereka yang mendakwa mereka bebas secara mutlak dalam kehidupan ini sebenarnya keliru dan kabur pandangannya. Oleh itu ingatlah pesananku bahawa kebebasan kita sebagai manusia adalah terbatas.

Sahabat-sahabatku, ingatlah bahawa kebebasan tersebut bukan hak mutlak kita. Kita masih lagi terikat dengan peraturan dan dalam perjalanan hidup kita di dunia ini, kita perlu juga mengambilkira aturan yang ditetapkan agama, budaya, adat resam dan juga hukum alam selagi mana kita masih lagi merupakan manusia dan hamba kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya setiap kebebasan itu ada hadnya jika kebebasan itu ingin dimiliki.
Berpegang teguhlah pada agama Allah dan sunnah RasulNya, InsyaAllah akan diajar kepada kita kefahaman dalam memahami erti hidup dan diberi petunjuk ke jalan benar. Jangan membiarkan diri terkeliru dalam memahami kehidupan duniawi ini dan ingin hidup bebas tanpa batasan seperti kebanyakan mereka yang telah terkeliru.


Adios
Labels: 6 comments | edit post
Golongan Marhaen




Salam Sejahtera,

Mungkin ramai tertanya-tanya mengapa baru kini aku terpanggil untuk menulis apa yang tersirat dalam hatiku. Seperti yang telah kukatakan aku tidak mahu lagi kehilangan detik-detik bermakna dalam hidupku. Sebelum ini, segala yang terjadi tidak aku nikmati hikmah di sebalik kejadian tersebut sedalam-dalamnya.


Tanggal 22 September detik 10.58 malam betul-betul memberi kesan kepada diriku kerana pada saat itu bermulalah peranan hidupku sebagai seorang ayah. Kadang-kadang aku terfikir mampukah aku menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan-Nya dengan sempurna. Maklumlah, aku cuma insan kerdil yang penuh dengan kelemahan. Tidak dapat dinafikan di dalam sebuah keluarga pasti ada yang dilebihkan. Tapi aku berdoa dan berharap agar dapat memberikan kasih sayang untuk setiap ahli keluargaku seadil-adilnya.


Kelahiran putera sulungku adalah bukti ikatan cinta antara aku dan isteriku. Tidak pernah aku terbayang bagaimana perasaannya menjadi seorang ayah. Timbul kebimbangan dalam benakku dapatkah aku mendidiknya menjadi seorang yang berjaya dalam hidupnya. Aku percaya setiap insan itu dilahirkan dengan rezeki yang telah ditentukan oleh-Nya. Takdir telahpun ditentukan di alam Luh Mahfuz lagi tapi aku tertanya pada diriku sendiri mampukah aku menghadapi kenyataan sekiranya takdir anakku ini berbeza dangan takdir ibu bapanya. Betullah sabda Nabi Muhammad SAW yang mengatakan bahawa anak itu antara ujian terbesar dari Allah untuk hamba-Nya. aku pasrah dengan segala ketentuan yang ditentukan oleh-Nya. Cuma satu yang mampu aku lakukan; memberikan yang terbaik untuk anakku.




Kini, setiap waktu aku terkenangkan anakku. Apa bolehku buat, kerja menuntut aku untuk berjauhan dengan keluargaku. Sedih juga bila fikirkan nasib ni, tapi ini adalah punca rezeki aku dan aku pasrah dengan ketentuan-Nya. Baru kini aku sedar mungkin beginilah perasaan seorang ibu atau ayah terhadp anak-anak mereka. kepada yang jarang pulang ke kampung tu, rajin-rajinkanlah melawat orang tuamu sementara mereka masih hidup ni.

Kelahiran anakku ini juga membuatkan aku sedar dan insaf betapa agungnya kuasa Allah selaku Pencipta sekelian alam. Tidak semena-mena keinsafan mula timbul dalam diri melihatkan tubuh seorang bayi yang kecil mempunyai mata, hidung, rambut, kaki, tangan, jantung yang berdegup, suara tangisannya dll. Tidak boleh terbayang bagaimana bayi sebesar ini boleh keluar daripada perut seorang wanita, dari air mani menjadi seorang manusia yang cukup sifat. Betapa besarnya kuasa-Mu Ya Allah. Subhanallah...


Buat anak ayah yang disayangi…….Ahmad Afiq Sufyan.


Ingatlah pesanan Lukman Al Hakim kepada anak-anaknya.Ambillah setiap pesanan, panduan dan nasihat insan yang mulia ini di dalam mengharungi kehidupan di dunia ini kerana Lukman Al Hakim adalah seorang ayah sama seperti ayahmu. Lukman Al Hakim adalah seorang ayah yang kisahnya telah diceritakan dan diabadikan di dalam AlQuran.

Ketahuilah setiap yang diceritakan dalam AlQuran adalah benar dan mempunyai hikmah yang maha besar. Bacalah selalu nasihat-nasihat ini kerana di dalamnya terkandung 1001 doa dan harapan seorang bapa buat anak-anaknya…. Tiada apa yang ayah mahukan dari anak-anak (pada masa akan datang) ayah melainkan kamu semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, berjaya di dunia dan di akhirat. Doa ayah anak ayah akan dapat menjawat jawatan yang membanggakan ayah dan membanggakan Islam agama yang suci ini apabila dewasa nanti.

Ahmad Afiq Sufyan….fahamilah setiap marah ayah bukanlah kerana benci tetapi percayalah setiap ayah inginkan semua kebaikan di dunia dan di akhirat untuk anak-anaknya. Ayah sayangkan anak ayah dan doa ayah sentiasa mengiringimu…setiap saat dan waktu selagi bernyawa.

NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA.

Wahai anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya, di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (mengadap Allah) dan manfaat berfikir (ingat kepada Allah)

Wahai anakku! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya.Wahai anakku! Kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia.

Wahai anakku! aku sudah memikul batu-batu yang besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda-benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan.

Wahai anakku! Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah dari menanggung hutang.

Wahai anakku! Sepanjang hidupku, aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu, sabda mereka :

1. Apabila engkau mengerjakan sembahyang dan beribadah kepada Allah, maka jagalah baik-baik fikiranmu.

2. Apabila engkau berada di rumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu (pandangan matamu).

3. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, hendaklah kamu menjaga lidahmu (perkataanmu).

4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga perangaimu.

5. Ingatlah kepada Allah s.w.t.

6. Ingatlah akan mati.

7. Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.

8. Lupakanlah semua kesalahan orang terhadap dirimu.

25 PESANAN LUQMAN AL HAKIM

1. Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2. Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

3. Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

4. Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut (takwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

7. Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8. Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

9. Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11. Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinanhanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13. Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14. Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15. Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16. Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18. Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20. Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21. Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22. Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24. Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25. Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Nasihat Luqman Hakim sebelum meninggal dunia LUQMAN al-Hakim r.a mengingatkan anaknya ketika beliau berada di ambang kewafatan:

"Wahai anakku! Sehingga setakat ini banyak yang sudah aku wasiatkan untukmu dan aku ingin mewasiatkan dirimu sekarang dengan enam perkara lagi, terdapat padanya segala ilmu orang yang terdahulu dan terkemudian:

1. Janganlah engkau sibukkan dirimu dengan urusan dunia kecuali dengan sekadar usia yang engkau miliki.

2. Sembahlah Tuhanmu, sekadar keperluanmu kepada-Nya.

3. Beramallah untuk hari akhirat, sekadar engkau ingin tinggal di sana.

4. Hendaklah engkau menyibukkan dirimu untuk melepaskan lututmu (dirimu) dari api neraka, selagi mana engkau masih belum mampu berjaya melepaskannya.

5. Beranilah engkau melakukan maksiat (kepada Allah), setakat mana engkau dapat bersabar dengan azab Allah.

6. Sekiranya engkau ingin melakukan maksiat kepada Allah, carilah tempat yang lain di mana Allah dan malaikat-Nya tidak dapat melihat dirimu.

Ahmad Afiq Sufyan...tidak ada seorang ayahpun di dunia ini yang mahukan kegagalan untuk anak-anaknya. Ayah bukanlah seorang yang berharta, bukan juga seorang yang berpangkat tinggi untuk memberimu kesenangan dunia. Hanya doa dan didikan berguna yang ayah mampu berikan. Ambillah pengajaran darinya. Moga Afiq menjadi insan berguna kepada keluarga, bangsa dan agama...Ameen!!!