Golongan Marhaen
Salam Sejahtera,


Pengalaman bekerja selama beberapa tahun di sini telah membuka mataku kepada pelbagai perkara. Salah satunya tentang hubungan sesama manusia yang terjalin. Sesungguhnya persahabatan yang terjalin sebelum dan selepas memasuki alam pekerjaan nyata berbeza. Jika dahulu, kita bersahabat atas dasar keikhlasan dan kasih sayang, tapi aku tertanya pada diri wujudkah lagi persahabatan seumpama itu di alam pekerjaan?

Memang tak dinafikan, dengan apa yang ada sekarang sukar untuk aku nilai persahabatan dan pujian yang diberi oleh mereka yang ingin merapati diri. Buat sahabat-sahabat seangkatan terdahulu, sesungguhnya aku tidak pernah meragui keikhlasan dalam persahabtaan kita dahulu, kini dan selamanya... Tetapi kepada 'orang luar' yang menghulurkan suatu ikatan persahabatan, timbul keraguan dalam diri tentang niat asal mereka kerna dikhuatiri sebalik persahabatan yang dihulurkan dan pujian yang dihamburkan, tersirat 1001 alasan tersembunyi yang tidak aku ketahui. Bagiku, sukar untuk mempercayai kata-kata mereka yang tidak pernah mengenali diri ini.

Sebagai insan biasa, kuakui semua suka dipuji termasuk diri ini..dihamburkan kata-kata yang manis seperti madu. Tiada seorang pun yang suka didirinya dihina dan dikeji. Akan tetapi, ramai yang telah hanyut dan leka hingga ramai yang lupa diri akibat perasaan bangga, ujub dan takbur yang semakin hari semakin memakan diri. Aku malu pada Tuhan dan diriku mendengar pujian orang buatku, kernaku tahu aku tidak layak untuk itu...

Wahai Illahi, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui tentang hamba-Mu ini, tentang dosa dan noda pada anggota jiwa ini.

Dalam kesunyian ku pohon keampunan dan janganlah pujian orang itu hanya igauan sedangkan aku dalam lembah kemurkaan. Kupohon lautan keampunan dan limpahkan kepadaku lautan keikhlasan.. hingga pujian atau makian tidak akan menggugat perasaan.

Tuhanku,
Ampunilah aku bila aku dipuji sedangkan Engkau mengerti diriku ini yang tidak cukup murni. Siapalah aku dibandingkan dengan hamba-hambaMU yang suci; para Mujahid yang cukup berbakti. Sedangkan aku hanya di pinggiran budi; belum cukup harta, belum cukup airmata yang dicucuri, belumpun darahku ditumpahi atau nyawaku dikorbani...mereka sudahpun memuji. Baktiku belumpun terbukti.. bahkan jauhnya antara langit dan bumi.

Maka, tutupilah kelemahan diri ini. Tatkala dahiku merapati bumi, kutangisi dalam kesunyian dinihari. Aku ratapi aku amat malu padaMU Illahi. Aku bimbangkan nifaq diri tersembunyi. Bimbangkan puji membunuh kejujuran naluri..

Wahai Illahi,

Ampunkan aku kerana tak layak dipuji...

Ampunkan mereka kerana salah memuji...



Adios.

5 Responses
  1. aku setuju betui dengan tulisan ko ni jo. kawan masa kita kat u dulu tak sama dengan kawan masa kita keje. kawan dulu dah tahu keikhlasan diorang, kawan time keje kena hati2. silap makan, hutang budi beb.

    sebab tu la kitorang suruh ko buat blog. biar ade koneksyen antara kita. boleh betulkan sesama kita kalo kita tersimpang dari jalan yg lurus. tapi ko lembap, lembap sebab perut besar.


  2. ala, bukan perutla..itu muscle..susah tu nak bina badan macam tu..buktinya wlaupun hang dok makan weight gain da bertahun sebab nak muscle macam kami, ko tetap kering macam dulu...samala dgn ked..aku kesiankan korg sebenarnya..


  3. yg_indah Says:

    amboi...kutuk aku no.mana ada aku mkn weight gain.ala kurus ka gemuk ka hgpa ttp kwn aku.gua xkisah beb.yg pntg sihat."eh jo tepi la skit,sangkut perut hg ni":kataku sambil menghalau jo,kerana perutnya mengacau aku,walaupun dia jauh dariku.


  4. aku pulak dah penat puji ko..sbb kalu aku puji memang ko memang betul bagus..
    aku nak kutuk la skang huhuhuh

    "dalam member2 kita perut ko je besar..muat ke bench tu..ke dah kene renovate dah kasi muat"

    p/s:anak ko skrg katner..aku nak g melawat


  5. en indah kudut: eh, tolong sikit nak main halau2..dulu kat bilik aku sapa yg duk tido sekatil dgn aku..klu setakat tido sejam dua takpe, ni tido smpai ke pagi..time tido tu takde pulak komplen pasal perut

    en SBS tak sedar diri: amboi, mengata dulang paku serpih mengata aku tak sedar diri ke en SBS oiii..klu dulu aku akuila, tapi sekarng cuba tgk perut koi, abai cerita masa aku jumpa dia minggu lepas kat melaka (wlaupun hearsay) perut koi lagi besar sekarang...dulu lain, skrg lain..zaman da berubah..ramai lagi yang sedang membesarkan perut sekarang ni eg:dauh, cokoi, mon, dll tak termasuk ko jugak kan kan kan..

    p/s: minggu ni aku anta anak aku kelik kelate..bini aku nak berpantang kat sana lak..bujang sebulan beb aku pasni..yeeehaaa!


Post a Comment