Golongan Marhaen
Salam Sejahtera,
Hari ini dalam mahkamah hampir-hampir tercetus perbalahan yang besar antara seorang hakim dengan seorang peguam tua yang terkenal di sini. Masing-masing berbalas-balas soalan dan jawapan. Memang tak dinafikan daripada segi pengalaman, si hakim itu jauh lebih muda berbanding dengan peguam tua tersebut. Yang dah tua dan banyak berpengelaman seharusnya menunjukkan contoh terbaik kepada golongan muda yang baru nak belajar merangkak dan meniarap. Bukannya si hakim mahukan dirinya dihormati, tapi at least si peguam tua itu seharusnya menghormati mahkamah. Takkan perlu diajar adab dan tatacara masuk ke mahkamah semula. Tak gunala kalau dah mempunyai firma yang besar, pekerja yang ramai, pengalaman yang kononnya luas tapi benda basic macam itu pun perlu diajar kembali...
Si peguam tua dah mula bermain dengan emosinya. Dengan suara yang kuat serta bahasa yang agak kasar terus meminta dan mendesak si hakim. Mujurla aku lihat si hakim muda tenang mengawal keadaan. Setiap kenyataan yang dihamburkan dijawab dengan perlahan dan rasional hingga terkedu si peguam tidak berkata apa-apa. Hmm, akhirnya barulah kutahu punca sebenar perbalahan tersebut disebabkan peguam tua itu tidak berpuas hati dengan permohonan penangguhan sambung perbicaraan yang ditolak mentah-mentah oleh hakim itu. Permohonan itu dibuat oleh anaknya.Manakan tidak, datang nak minta tangguh sebab ada kes Mahkamah Rayuan tahun 2009, sedangkan sambung perbicaraan yang ditetapkan untuk kes tahun 2006.
Rupa-rupanya si peguam tua itu memang sudah lama tidak masuk ke mahkamah. Aku dapat tahu niatnya datang ke mahkamah untuk menyatakan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap hakim muda itu..orang macam ini pun ada ek..tapi aku bersetuju dengan soalan yang dihamburkan hakim itu yang membuatkan peguam tua itu tidak mampu berkata apa.
"Bicara bermaksud bicara, bila masa pulak tarikh bicara jadi tarikh untuk tangguh?"
"Datang bawak beg besar, jubah meleret-leret, bawak fail besar, duduk di kerusi empuk, duduk dalam aircond tapi datang untuk minta tangguh?"
Merah padam muka peguam tua itu...
8 Responses
  1. kalau aku nak minta tangguh aku pakai baju warna warni..huhuhu


  2. Nailofar Says:

    takut weiii dengar ...
    tapi jgn risau...kalau Allah tak izinkan, sesamseng mana manusia tu tetap takleh papekan kita kan??


  3. haha. aku suka betul baca ni. aku meluat ngan lawyer tua ni. perasan bagus. lain kali kalo ko berhadapan dengan lawyer tua yg kerek ni, ko bagi je cukup2. biar diorang terduduk sambil menggaru kepala.


  4. This comment has been removed by the author.

  5. en SBS: nak minta tangguh pkai baju kaler2?entah tak sempat bersuara dah kene halau kot..hehehe

    en Nailofar: bersyukur kita masih ada Allah sebagai tempat untuk mengadu dan berlindung..;)

    en Kelisa: kdg2 susah kita nak bercakap dgn loyer tua yang ego ni..mentang2 dorg dah senior dan kaya, pandang kita sebelah mata pun tak mau..keegoan mereka membuat mereka terlupa untuk mengikut apa yang sepatutnya hingga merasakan diri mereka itu semuanya betul..walhal ibarat cuba menegakkan benang yang basah..susahla nak cakap dgn org yg x paham bahasa nih..


  6. Insan Biasa Says:

    aku tak pernah mintak tangguh... tapi harap gak boleh tangguh kadang2 tu hahahaha


  7. Insan Biasa: memangla hang tak pernah mintak tangguh expressly, hang ni mesti slalu mintak tangguh impliedly dengan suh witness hang tak mai je..


  8. This comment has been removed by the author.

Post a Comment