Golongan Marhaen


FIRMAN Allah S.WT;



"Dan wanita-wanita di kota berkata, "Isteri al-Aziz menggoda anak bujangnya supaya menundukkan diri kepadanya, 'Sesungguhnya cintanya kepada anak bujangnya itu sangat mendalam. Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata'".

Surah Yusuf (12;32)



Malam itu terasa sangat panas oleh Ra'il, wanita cantik yang biasa dipanggil dengan nama Zulaikha. Dia sentiasa menghias cantik rupa paras, menghias diri dan sentiasa memakai wangi-wangian. Kemudian dia berdiri, pagi dan petang di beranda istananya di atas Sungai Nil, dalam kegelisahan yang tidak jelas puncanya. Angin sepoi-sepoi bertiup tenang dan halus, seakan-akan enggan mengusik ranting-ranting pohon bunga yang mengelilingi beranda istana itu.

Zulaikha memandang ke arah sungai dan airnya yang tenang, dan sesekali wajahnya menoleh ke atas, melihat bintang-bintang yang bertaburan di langit, mengelilingi bulan yang sebahagian sinarnya terhalang oleh awan.

Sesaat kemudian, seorang pelayan menghampirinya dengan segelas jus buahan untuknya. Ditolaknya air tersebut dan diperintahkan pelayannya supaya kembali masuk ke dalam. Nafasnya semakin sesak, seolah-olah hampir mencekik lehernya. Dia sendiri tidak tahu apa yang digelisahkannya. Kecantikan? Bukan! Kerana dia adalah wanita tercantik di seluruh Mesir. Anak? Mungkin itu benar kerana sampai saat ini dia masih belum dikurniakan seorang anakpun.

Sebenarnya Zulaikha boleh sahaja mengambil anak angkat yang disukainya, kerana dia orang terkaya di negeri itu. Tetapi naluri keibuannya ternyata menentang niatnya. Dia ingin mengandung dan melahirkan puteranya sendiri, sebagaimana wanita-wanita lain. Tapi suratan takdir mengkehendaki sesuatu yang lain, di mana suaminya sendiri tidak berkuasa mengubah impiannya menjadi kenyataan.

Fikirannya berkecamuk. Zulaikha terleka dalam lamunannya, sehingga suara halus suaminya tiba-tiba mengejutkannya. "Ra'il, isteriku yang cantik, bergembiralah!" Suaminya berkata sambil menunjukkan sesuatu kepadanya.

Zulaikha menoleh kepada suaminya, dan betapa terkejutnya ketika melihat suaminya datang bersama seorang anak kecil. "Siapa namamu?" tanya Zulaikha.

Dengan suara yang hampir-hampir tidak kedengaran anak itu menjawab,"Yusuf..."



bersambung...




8 Responses
  1. Nailofar Says:

    Seronok baca kisah Nabi Yusuf ni..tak sabar nak baca episod seterusnya..:)


  2. Nailofar: thanx..sebenarnya cerita ni bukan satu yang janggal..dah banyak kali orang bercerita, even kat tv pun ada cerita si Ashraf Muslim tu jadi yusuf moden..tapi saya nak bercerita berdasarkan cara penceritaan saya sendiri..;)


  3. Nailofar Says:

    Iye betul tu..Tapi kisah2 nabi ni banyak pengajarannye..jgn kite asyik sogok anak2 besok dengan citer omputih yang ntah pape tu aje..last2 citer2 nabi, rasul langsung tak tau..tak patut..tak patut..

    GM: Syabas!


  4. kalo dalam versi melayu, nama dia tukar jadi zaleha. wan zaleha radzi. wanita melayu tercantik.


  5. bukan ke wanita melayu tercantik yg dinobatkan dulu si normala samsudin tu..


  6. owhh ye ke. aku ingat leha. hehe


  7. nafastari Says:

    Anda sangat berbakat!!!Dan saya tidak sabar menanti sambungan cerita ini.


  8. Nailofar: betul tu..saya setuju..

    KS:anda memang ketinggalan basla...

    Nafastari:Terima kasih atas sokongan anda. Jika tiada aral, saya akan cuba sambung cerita ini sebulan sekali..tunggu lham datang..hehe;)


Post a Comment