Golongan Marhaen
Salam Sejahtera,


KPI atau nama penuhnya Key Performance Indicator ataupun Petunjuk Prestasi Utama... Aku yakin pada sesetangah orang, isu ini bukanlah suatu isu yang baru. Telah banyak pendapat diberikan berhubung isu ini dan mungkin ramai juga di kalangan kita yang beranggapan tidak wajar lagi perkara ini difikirkan. Ada juga yang akan kata tak perlu lagi perdebatkan hal ini sebab ia sudah basi. Malah pelaksanaannya telahpun dikuatkuasakan sejak pemimpin-pemimpin baru mengambil alih teraju kepimpinan negara. Akan tetapi, buat sesetangah orang macam aku, aku masih lagi terfikir akan keberkesanan sistem ini. Adakah ia diadakan dengan tujuan yang murni untuk membaiki perkhidmatan? Atau adakah ia dibuat semata-mata mahu mengambil hati rakyat? Sejauh manakah keberkesanan KPI ini? Atau hanya kepincangan yang ditimbulkan akibatnya?

Memang aku tak nafikan, bagi sesetengah pihak, KPI merupakan satu elemen yang amat penting dalam menjamin kejayaan institusi mereka. Contohnya dalam bidang pengeluaran, nyata KPI bukan sahaja telah berjaya menjimatkan kos serta masa yang terlibat, malah berjaya menjana keuntungan yang berlipat kali ganda dalam industri tersebut selain kualiti barang yang dikeluarkan turut terjamin. Begitu juga dalam industri perkhidmatan, aku tidak nafikan yang KPI ini nyata memberi kepuasan kepada pelanggan-pelanggan yang terlibat dalam menggunakan perkhidmatan tersebut.

Tindakan kerajaan melaksanakan KPI di setiap peringkat jabatan dengan mengambil contoh daripada beberapa negara maju yang lain memang patut dipuji. Akan tetapi perlu aku peringatkan, tidak semua perkara boleh diterima bulat-bulat. Kajian seharusnya dilakukan dengan lebih mendalam lagi bagi memastikan keberkesanan sistem ini di negara kita. Hal yang demikian adalah perlu memandangkan negara kita telahpun mengamalkan sistem-sistem yang sudah sedia berjalan di samping mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa, agama adat dan budaya.

Cuma aku agak terkilan dengan ketiadaan ketelusan dalam mengadaptasikan KPI oleh kerajaan kepada setiap aspek yang diperlukan untuk sistem-sistem yang sememangnya sudah sedia ada di sini. Baru-baru ini aku berkesempatan untuk berbual-bual dengan salah seorang pegawai polis berjawatan tinggi di negara ini. Menurutnya sistem kepolisan di negara ini juga wajib diserapkan dengan KPI. Dalam tempoh setiap bulan, terdapat angka tangkapan yang perlu dilakukan. Jika angkanya rendah mungkin aku tidak kisah tapi aku agak terperanjat jugala bila dapat tahu tentang jumlah tangkapan yang perlu dipenuhi oleh setiap balai di setiap daerah.

Bila aku bertanya kepadanya macam mana nak dapat angka macam itu setiap bulan. Dengan selamba pegawai tu menjawab, "Senang saje, tangkap je mereka yang duk berkeliaran di luar sana, agak-agak bukti tak cukup, kita lepaskanlah mereka. Kalau tak kami juge kene menjawab kat pihak atasan kenapa tak capai target."

Tercetus dalam hati aku, bukankah ini suatu penganiayaan terhadap mereka yang sememangnya tak bersalah. Timbul lagi dalam benak aku, bagaimana kalau dalam sesuatu daerah itu memang tiada jenayah(mungkin agak mustahilla buat masa sekarang ini). Adakah orang awam akan ditangkap sewenang-wenagnya hanya untuk pihak polis menyiasat aduan-aduan yang mereka tak siasatpun sebelum ini?
Tiba-tiba aku teringat tentang kisah seorang perempuan yang ditahan polis atas kesalahan mencuri laptop. Perempuan tu umur baru 24 tahun tapi dah ada 2 anak. Yang paling kecil baru berusia 5 bulan. Dia dah kene tahan 4 hari, tapi polis still nak sambung lagi 3 hari reman. Aku pelik kenapa polis nak tahan dia lama lagi sebab siasatan dahpun selesai, barang kes dah jumpa dan ada pengakuan dirakamkan. So masa nak sambung tu, aku lihat perempuan tersebut menangis teresak2. Bila ditanya, dia kata terkenangkan anaknya yang masih bayi itu lagi. Rupa-rupanya baru aku dapat tahu yang anak dia telah dimasukkan ke wad ICU sebab tak dapat menyusu ibu. Anak dia tak minum susu lain sejak lahir lagi. Syahdunye aku rasa sebab sebagai seorang ayah, aku faham perasaan dan situasi perempuan tu. Ibu bapa mana tak sayangkan anak. Bila perempuan tu dibebaskan dan permintaan polis ditolak, aku lihat air mata perempuan tu makin banyak yang mengalir sambil mengucapkan rasa syukur dan terima kasih yang tidak putus-putus dari mulut perempuan tu. Bukankah ini suatu penganiayaan? Bukan aku nak persoalkan kerja polis, tapi kalau semua dah selesai buat apa nak tahan org dalam lokap lama-lama semata-mata nak capai target...

Macam tu juga dengan sistem kehakiman di negara kita ni. Kadang-kadang aku terfikr perlukah KPI diterapkan dalam sistem tersebut? Bukan apa, kita semua maklum dalam sistem tersebut, kerjasama daripada semua pihak amat perlu untuk menjamin keadilan kepada semua pihak. Contohnya dalam sesuatu kes perbicaraan, kehadiran semua pihak seperti pegawai pendakwa, peguambela, saksi, tertuduh tak terkecuali hakim itu sendiri amat perlu sebab tanpa kehadiaran pihak-pihak, kes akan pincang jadinya dan secara tidak langsung, keadilan pasti akan tercalar. Dan of course, kes terpaksa ditangguhkan jika pihak-pihak tiada kerjasama. Tapi bagi aku, daripada kes dibuang begitu sahaja (dnaa), biarla tangguh sekejap pun, yang penting semua pihak rasa puas hati terutamanya mereka yang menjadi mangsa.

Aku bagi contoh yang mudah, sekiranya peguambela tak dapat hadir ke mahkamah atas alasan yang tertentu dan hakim asyik duk mengutamakan KPI, sudah pasti kes akan diteruskan dan tertuduh yang sudah bayar duit kepada peguamnya pasti akan terpaksa menyoal saksi-saksi sendiri. Adilkah kepada tertuduh yang belum didapati bersalah lagi? Situasi sebaliknya, jika saksi pendakwaan pula tidak hadir dan tertuduh yang sememangnya melakukan kesalahan pula hadir bersama peguamnya, jika hakim asyik mengutamakan KPI sudah pasti akan membuang kes tersebut hanya sebab nak cukupkan statistik. Adilkah itu kepada mangsa pula?

Tapi kita memang tak boleh nak salahkan mereka sebab mereka pun terikat dengan arahan orang atasan. Itu periuk nasi mereka. Macam kawan aku cakapla sekarang ni kalau asyik duk kejar KPI je, mahkamah kat negara kita ni pasti akan jadi macam kedai runcit. Akhir bulan asyik kira statistik berapa kes selesai berapa yang tak selesai. Keadilan entah ke mana, mangsa tetap kekal sebagai mangsa, pesalah pula bebas dengan gembira.

Apa yang aku nyatakan di atas ini cuma sebahagian daripada contoh yang aku lihat depan mata. Aku percaya terdapatnya sistem di negara kita ini yang wajar diterapkan dengan KPI sebab ia pasti memuaskan hati semua pihak dan menjana keuntungan yang kita nikmati bersama tapi bukan semua. Aku khuatir kalau KPI diterapkan tak kene gaya, ia pasti akan menyebabkan kita tergelincir dalam mencapai matlamat yang asal yang utama. Bukan aku tak akui keberkesanan KPI ni dalam kerja, cuma aku harap ia dapat diadaptasikan secara tepat dan selari dengan sistem-sistem yang sedia ada dan bukan hanya bertumpu kepada angka dan statistik semata-mata. Janganlah cepat melatah, sebaliknya kajilah dahulu sebelum membuat keputusan.

Ini cuma pendapat aku sahaja, mungkin ada yang bersetuju, ada juga yang tidak bersetuju. Mungkin...


Adios.


p/s: gambar-gambar sekadar hiasan semata-mata.

Labels: edit post
8 Responses
  1. aku no komen. cakap salah tak cakap salah. lebih baik diam je. kalo kita berkokok nak keluar tekak pun orang atas bukannya dengar. kita ni pecacai je.


  2. yg_indah Says:

    bagus.nanti aku appear dpn hg,minta tangguh.


  3. kelisa, moral of the story, one day klu kita jadik org atasan, janganlah terlalu mengikut kata hati semata-mata nak jaga ati org yang lebih atas dari kita..ada masa kita kene bersuara..sampai bila kite nak ikut arah yang tak betul..kalu kita tak betulkan, sapa lagi?

    indah, klu hg punye pasal, tangguh setahun pun takpe..sebab aku tau keter hang cuma sampai perak je..tupun makan masa sehari..buek abih beras je hg nih..


  4. Nafastari Says:

    Hmm... Adakalanya manusia itu lupa bahawa mereka manusia lain juga adalah manusia sama seperti dirinya. Dan teruklah keadaan dunia jika manusia sudah hilang pertimbangan tentang rasa kemanusiaan.

    CM, saya harap anda akan terus membuat pertimbangan dengan sebijak-bijaknya. Doa saya sentiasa bersama anda.


  5. CM : cari gaduh nampak. adakah ko mengutuk keter yg_indah atau ko mengutuk keter plet K? kalo ko mengutuk keter yg_indah takde ape la. tapi kalo plet "K" memang cari pasal la.


  6. nafastari, terima kasih atas peringatan untukku. Moga aku dipandu olehNya dalam setiap pertimbangan yg dibuat..

    kelisa,tiada niat di hati ini untuk mengutuk ko. aku berpijak di bumi yang nyata, aku cuma cakap benda yang benar ttg keter yg_indah sahaja. Mana bleh disamakan keter yg_indah dgn KBH9619 yg telah banyak berbudi kepada aku dan teman2 yg lain..


  7. yg_indah Says:

    tengok,punya la syarah berapi ttg jgn lupa diri,tp kutuk keta buruk aku.ketam ajar anak la cmni.keta aku tu walau buruk aku syg dia,aku suka dia.dia tahan lasak.setakat vios baru tukar bumper mmg dia taram.ataupun keta lain yg ko pakai sekarang pun dia taram.

    tapi hg mmg betul aku xsampai jauh,setakat negeri Pe... saja.tapi bukan sebab keta aku rosak,sebab jalan kt sana xsiap.yg ada pun teruk.hahahahhahahahahahah.kat tempat lain di negeri tu biasa ja,tp kt bkt merah tu jalannya lain skit. dan mmg memakan masa sehari lebih sbb keadaan jln tersebut.aku kalau lalu situ mmg sggah kat area bkt merah,sebab nak tengok alam semulajadi tanpa cerobohan manusia,semuanya asli dan dara di situ.

    Dan lg 1, yg paling utama.ni pasal pa ada horoskop kt blog hg ni?mengarut btoi.


  8. mana ada kutuk keter hang,aku cakap betuilaaa...bila masa keter hg pernah sampai ke kl...mgkin betui kata hg tak sampai sebab negeri Pe...tapi nak buat macamna, nak tak nak hg kene redah ja kat situ...

    horoskop ni hiburan jelaaa...awat? hg percaya ka?hahahaha


Post a Comment