Salam sejahtera,
Malam ini ketikaku sedang membaca novel, tiba-tiba tercetus suatu ilham yang tidak pernah pun aku fikirkan sebelum ini. Anda semua tentu sudah maklum bahawa kehidupanku yang agak terbatas dalam pergaulan membuatkan aku banyak menghabiskan masa dengan membaca dan menulis alasan penghakiman. Aku merasakan sudah tiba masanya untuk aku berkarya dan berkongsi hasil nukilanku dengan teman-teman seperjuangan.
Selain berkongsi tentang pendapat dan pengalaman serta maklumat dalam kehidupan seharian, aku putuskan untuk berkongsi dengan anda semua tentang kisah-kisah rekaan dan benar dalam bentuk penulisanku sendiri. Mungkin ada kisah-kisah yang akanku coretkan bukanlah suatu kisah yang baru, tapi aku akan cuba menulis berdasarkan cara penceritaanku sendiri. Ruangan "Alkisah" ini sekadar suatu selingan selain memahirkan lagi diriku dalam bidang penulisan dan langsung tiada kena-mengena dengan diriku. Sokongan dan teguran dari teman-teman amat diharapkan. Semoga anda semua terhibur, yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Maaf sekiranya hasil penulisanku tidak memuaskan kalian. Aku pedulik apa, yang penting aku puas! Hahaha...;p
Wassalam
ko layan novel ramlee awang murshid lagi ke?
cik epal: betul tu,baik puaskan ati sendiri dulu..hehe
WSWM: sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula..aiii,bagusla anda sebagai blogger meletakkan nama penuh anda...takde nama pena ke cik kak oiii..hehehe
KS: aku duk baca mcm2 jenis novel la ni..tapi karya ramlee awang murshid tetap pilihan utama. novel terbarunya tajuk Mikhail hang da baca blum?
mikhail? bukan ke novel tu yang ko propose kat aku suruh aku baca, tapi aku reject mentah2? aku tak minat ramlee awang murshid. novelnya tak penah berpijak di bumi yg nyata.
WSWM : siapakah anda? macam pernah dengar nama ini sebelum ini. bolehkah anda memperkenalkan diri? wakakaka
GM: itu nama pena la tu..tak caya sudah!
KS: Kte cuma hamba biasa yang banyak khilaf padaNYA..:)
KS: nama pun novel, memangla cerita rekaan semata2..aku cuma suka karya si ramlee tu sebab genre dia memang tak sama dengan penulis2 novel yang lain yang menjadikan cinta sebagai asas utama cerita...cerita si ramlee lebih saspens sebab genre utamanya thriller dan seram...aku suruh ko baca Bagaikan Puterila dulu...Mikhail baru je release tahun ni...
apapun, cara penulisan ni ikut minat masing2..takkan aku nak suruh hang minat apa yang aku minat..aku tau hang minat novel2 cinta sebab hang kan mat bunga dulu..kuikuikui
WSWM:terer siut nama pena siap bubuh nama ayah sekali...kakaka
CM, teruslah menulis! Saya tidak akan pernah jemu2 membaca catatan anda.
saya nak mengarah filem
nanti saye start dgn filem2 pendek
2-3 minit
saye letak kat utube
u ols komen k
kakakakaka
berangan itu percuma
nafastari:thanx for the support:)
atbk: sempat ke ko nak buat filem pendek ni..tambahan pula dengan keje ko yang semakin mencabar ni..dulu masa jadi cikgu ko ada masa kenapala tak buat filem pendek tentang anak2 didik ko ek..rugi tuuu...
ko layan cerita aisya sofia ke beb? warkhahahaha... geli2...
takpe2, lepas ni ko adaptasi cerita si capik la kasi bikin novel... hehehe
nenek kebayan la lg best.
mana best layan ramlee. cuba sesekali layan "Tak seindah cintamu" ke, "rindu itu milikku" ke, konpem ko rasa nak terajang penulisnya. wakakaka
en. insan biasa: Aisya sofea? geli bulu ketiak hamba dengar..tak mainla jiwang meleleh ni..ala, si capaik tu tak perlu bikin novel sebab citer dia kat tv pun dah detail macam novel..banyak flashback2 tu..biasala klu citer yusof haslam..hehehe
en. yg indah: hamba tak pelik jika tuan hamba minat cerita nenek2 kebayan..tuan hamba kan minat bende2 mistik ni..aiii, takkan dah gersang sangat sampai nenek kebayan pun tuan hamaba sapu..hahahaha
en kelisa: kenyataan tuan hamba menunjukkan sememangnya tuan hamba melayan cerita2 cinta..tajuk2 novel yg tuan hamba baca itu suatu yang biasa dan banyak di pasaran.slow2..
P/S: tetiba dapat idea nak cerita kisah cinta Nabi Yusuf A.S :p
GM : seingat hamba, tuan hamba tak penah lagi rasa penyepak dari hamba. adakah tuan hamba nak kena sepak?
berani ke tuan hamba nak sepak hamba?