Hari ini merupakan aku pertama memulakan tugas setelah 2 hari bercuti. Masih terasa letih dan penat badan ini setelah memandu hampir 12 jam semalam. Nak buat macam mana, dah isteri aku nak berpantang kat Kelantan pulak, kenela bersikap adil kan sebab dia dah duk sebulan kat umah mak mertua dia. Bagila peluang untuk mak dia sendiri jaga dia pulak. Kira untuk tempoh sebulan ni hingga Raya Haji aku membujang trang tang tang la jawabnya... Sedih jugak sebab aku tak dapat tengok anak dan isteri untuk tempoh sebulan, tapi nak buat macam mana tanggungjawab cari nafkah perlu aku teruskan.
Tanggal 25 Oktober jam 1.00 tengah hari, kami berjanji untuk bertemu di Pusat Batik Kelantan. Pertemuan kali pertama setelah berpisah 4 tahun dahulu benar-benar memeranjatkan aku. Dengan berpakaian batik dan menaiki Toyota Wish, hackers benar-benar telah mengubah penampilannya yang jauh berbeza semasa kami belajar dulu. Katanya dia baru abis meeting dengan client dia. Dia telahpun memulakan firma guamannya semenjak 2 tahun yang lepas. Selaku pemilik firma M.N.Firdaus &Associates, dia mestilah kene jaga penampilannya.
Aku selanjutnya dibawa ke Restoran Four Seasons yang tak kurang hebatnya di Kelantan. Sesampainya di sana, terkejut jugakla aku sebab masa tu restoran tersebut dipenuhi dengan ramai VVIP termasuk pemain-pemain bolasepak negeri Kelantan yang kebetulan sedang meraikan kejayaan mereka menumpaskan KL Plus minggu lepas. Aku kemudiannya dibawa menjamu selera ke bilk VIP yang ditempah khas oleh hackers. Bukan main segan lagi aku sebab Datuk Anuar Musa pun makan kat ruangan terbuka, aku dengan hackers pulak makan kat tempat VIP pulak. Tapi dari situ aku boleh nampak kemewahan hackers selaku pemilik firma guaman. Sambil menjamu selera, kami mengimbau kenangan sewaktu belajar dahulu dan perkembangan rakan-rakanku yang lain. Daripada dulu si hackers ni memang tak pernah berkira dengan kawan-kawannya.
Selesai makan, aku dibawa melawat firma guaman milik hackers yang bagi aku amat besarla untuk seorang peguam muda sepertinya. Pejabatnya dilengkapi dengan 2 set sofa serta televisyen dan mempunyai staf seramai 4 orang. Sebagai seorang yang agak rapat dengannya, aku berasa bangga melihat sahabatku telah berjaya dalam kerjayanya meskipun menurutnya masih banyak lagi yang perlu dibaiki.
Aku respek kat dia sebab dia mengusahakan firmanya tanpa bantuan sesiapa. Beliau tidak mempunyai 'kabel' seperti bebarapa rakanku yang lain... tiada pengaruh yang besar dari sanak saudara tetapi masih mampu buktikan dirinya berjaya. Jika aku imbas sewaktu belajar dahulu, hackers ni bukannya tergolong dalam pelajar yang bijak pandai pun. Samala macam aku jugak cukup-cukup makan aje.. Tapi hari ini dia telah buktikan yang usaha itu tangga kejayaan. CGPA bukanlah penentu dalam menentukan kayanya atau miskinnya seseorang itu. Selagi ada usaha, selagi itu pintu rezeki akan terbuka dengan luasnya.
Buat sahabat-sahabat seangkatan, aku turut merasa bangga dengan apa yang telah korang lalui. Cuma aku harap, bila dah berjaya nanti janganlah riak atau sombong dengan kejayaan korang. Aku juga amat berharap untuk dipertemukan dengan korang semua pada masa-masa mendatang...Tabik springla untuk korang...
Adios
sial ko hackers. celake. hari tu ko cakap ko pakai kelisa je. rupanya pakai wish. kurang ajar ko. kaya sorang2. hishh geramnya aku.
p/s : aku declare hackers ialah sahabat baik aku skang sebab dia kaya.
nak buat macammana, dah itu rezeki dia.. klu ko nak kaya, bukak firmla nnti..bleh aku tumpang sekaki..
p/s: KS pun adalah antara bukti hidup depan mata yang menunjukkan CGPA ini tak kemana..hehehe
CGPA tu penting kalo nak jadik academician je. Wah, maintain je Firdaus ni... Slalu gi gym gamaknya...
paijo, takkan tumpang kaki je kot... tumapng la sekali kepala, perut dan tangan... hehehehe...
hahaha..sabtu lepas aku ngan paijo memang bukan setakat tmpang sekaki..memang tumpang sekepala,seperut ngan setangan sekali...
hang pun koi..lagilah tumpang selebih..berlebih-lebih..
apa-apapun,thanks hacker...
semoga Allah melimpahi rezeki melimpah ruah kepada kamu supaya kamu boleh selalu tidak melupakan kawan-kawan kamu..
P/s:first time aku makan deli france,juga first time makan steak mahal san francisco steak house juga first time fish spa kenko kaki dimakan ikan,juga fisrt time makan petang di dome..segala-gala adalah first time huhuhu
tak lupa first time tgk wayang berdua ngan ko jo..huhuhuhu