Golongan Marhaen

Salam Sejahtera,

Cendol...salah satu santapan yang unik di negara kita. Amat rugi bagi mereka yang tak merasa betapa lazatnya hidangan ini terutama ketika teriknya cuaca. Aku tak nafikan terdapat pelbagai jenis cendol yang telah diubahsuai kandungannya dengan tujuan menarik pelanggan. Seumur hidupku, cuma beberapa tempat yang menjalankan perniagaan menjual cendol mampu memberi kesan kepadaku dek rasanya yang lazat dan sedap.

Aku terpanggil untuk menulis tentang cendol ini berdasarkan pengalaman aku sendiri pada minggu lepas ketika pulang ke Putrajaya bersama seorang rakan. Kami ambil keputusan untuk melalui jalan biasa tanpa melalui highway dari Melaka. Aku percaya ada di antara kita yang pernah mendengar cerita tentang kedai cendol Leman Dawi yang terkenal di Negeri Sembilan. Aku pun hanya dapat tahu mengenainya setelah menonton Majalah 3 yang membuat rencana eksklusif tentangnya. Tertanya-tanya juga aku sedap sangatkah cendol di kedai tersebut hingga boleh masuk dalam rancangan istimewa di televisyen.

Terletak di jalan Rembau-Senawang, aku dapati memang ramai orang berkunjung ke kedai tersebut. Tak putus-putus kenderaan yang keluar masuk di laman kedai tersebut sehingga aku dan rakanku terpaksa menikmati cendol di bawah pondok yang disediakan di luar kedai tersebut. Terdapat pelbagai jenis cendol yang dijual pada harga yang amat murah; cendol pulut, cendol jagung dll. Setelah membayar RM1.50 untuk cendol pulut, aku dan rakanku terpaksa duduk di pondok berdekatan memandangkan keseluruhan tempat duduk telah dipenuhi orang ramai.


Saat pertama aku merasa cendol pulut Leman Dawi yang terkenal itu, tiada apa yang istimewa bagiku. Dengan rasa yang tawar, ditambah lagi dengan pulutnya yang keras aku rasa agak terkilan kerana indah khabar dari rupa. Bagiku, cendol di Melaka adalah 10 kali lebih baik dari apa yang ada di sini. Aku terkenang saat menikmati cendol bersama sahabatku sopi di Bukit Mahkota tak lama dulu. Rasa cendol di sana pun teramat baik dari cendol yang ada di kedai yang terkenal ini.

Aku rasa hairan bagaimana orang ramai boleh singgah di sini semata-mata nak menikmati cendol yang bagi aku tak sedap mana pun. Rupa-rupanya barula aku sedar semua ini disebabkan mentaliti orang kita yang sukakan benda percuma. Memang aku tak nafikan kedai tersebut amat terkenal dengan kemurahan hati pemiliknya yang mana pengunjung boleh menambah cendol yang dibeli dengan harga semangkuk sebanyak yang mana pun. Malah, pengunjung boleh membungkus cendol-cendol tersebut untuk dibawa pulang ke rumah. Percuma! Hm... Masyarakat kita ni jika diletak air mineral percuma pun pasti akan berebut-rebut mendapatkannya. Apatah lagi cendol... Sungguh bijak strategi perniagaan pemilik kedai tersebut.

Berdasarkan pengalaman aku, setiap orang yang berniaga pasti dambakan keuntungan. Mana ada orang yang berniaga inginkan rugi. Rasa was-was menyelinap ke dalam diri tentang cendol yang aku makan ini. Andai korang di tempat aku, sudah pasti korang akan faham dengan apa yang aku rasa pada masa itu. Akhirnya aku dan rakan buat keputusan cukuplah semangkuk sahaja cendol untuk hari itu untuk dijamah. Tak perlulah untuk kami tambah lagi meskipun percuma apatah lagi membawanya pulang ke rumah.
Kami pun berlalu pergi...


Adios.
6 Responses
  1. cendol ni la yang kitorang nak singgah dulu dalam perjalanan pulang dari kenduri alep, tapi bertutup. rupanya tak sedap ekkk. aku percaya akan lidah ko, sebab selera kita lebih kurang sama. cuma jumlah yg kita makan je berlainan, aku sikit ko banyak.

    dekat tempat aku ni pun takde cendol yang boleh menyentuh hati. semuanya biasa2 saja.


  2. kelisa: takkan ko lupe cendol yg kat bukit mahkota tu..ala, on the way balik jalan lama dari bangi tuuu...tempat pun nostalgia sebab kat cerun bukit...ingat tak..ingat tak??


  3. aku ingat yg tu. tapi skang dah takde. maksud aku tempat aku kat ipoh ni.


  4. UmmuNuha Says:

    yah kat KB eh...napa tak gtau pun


  5. yg_indah Says:

    elehhh cendol kodiang lg sedap....


  6. Insan Biasa Says:

    kat sungai besi ada yg sedap... kat tapak pekan sabtu... pastu yg lagi klasik, kat jalan pudu pasar bawah jejantas...


Post a Comment