Golongan Marhaen
Salam Sejahtera...



Sudah sekian lama aku tidak menulis. Hanya memendam dalam lubuk hati, tidak dapat berkongsi apa yang patut aku kisahkan kepada mereka yang mengenali diri. Sesungguhnya aku hanya insan biasa yang tidak dapat lari daripada kesibukan kerja hingga buat aku terlupa siapa sebenar diriku ini. Ruginya aku kerana membiarkan segala yang berlalu luput dari kenangan tanpa sempat menikmati detik-detik yang sebenarnya memberi 1001 makna dalam kehidupanku.



Terima kasih kawan-kawan kerana menyedarkan aku kembali untuk aku menghargai setiap detik yang berlalu dalam hidup ini. Selepas membaca blog mereka, sedikit sebanyak hati tersentuh apabila teringatkan detik susah senang bersama mereka. Aku alpa dengan kesibukan kerja dan lupa dari mana sebenarnya diriku bermula. Aku bukanlah insan yang pandai berkarya, hanya ingin mengimbas detik-detik manis bersama mereka dengan harapan agar segalanya tidak luput dari kenangan.

Mungkin aku tidak dapat mencoret selalu seperti rakan-rakanku yang lain. Aku pasrah dengan keadaan kerjaku, ditambah lagi dengan arahan pentadbiran yang semakin ketat. Belum lagi dengan kemudahan internet yang tak berapa laju kat sini, semua ini aku anggap dugaan untukku. Aku tidak harapkan apa-apa dalam setiap tulisanku, memadai bagiku agar diriku tidak luput dalam ingatan sahabat-sahabat yang mengenali diri ini.

Adios
4 Responses
  1. wahahahaha. terpengaruh jugak ko dengan kitorang. selamat dtg ke dunia maya.


  2. wei, bgtaula bebudak lain...mcamana nak add dorg ek?


  3. selamat menyertai dunia kepahlawanan..sekali terjebak tiada jalan pulang hahaha


  4. This comment has been removed by the author.

Post a Comment