Golongan Marhaen
Salam Sejahtera,
Pernah anda melihat filem Lady Boss lakonan si Saiful Apek dan Yusry KRU dulu tak? Ya, aku akui cerita itu memang lawak..lawak slapstik karya si pengarah terkenal tersebut.. Semasa menonton filem itu, terfikir jugak aku adakah semua lady boss (bos-bos wanita) berperangai sedemikian? Atau ia sekadar mitos dan cerita untuk menghiburkan penonton?
Sebenarnya, pengalaman aku bekerja di sini hampir 3 tahun bermacam-macam bos aku dah jumpa. Bertuahnya aku sebab pernah merasa menjadi anak buah seorang bos yang bergelar lelaki dan perempuan. Maklumlah kerja macam aku ni transferable untuk aku tak terkecuali dengan bos-bos sekali.
Sebenarnya bekerja dengan bos manapun sama aje. Semuanya bergantung kepada perangai dan sikap seseorang bos itu sendiri. Ada yang cepat melatah, ada yang tenang dalam kendalikan sesuatu keadaan. Akan tetapi, berdasarkan pengalaman aku akui kebanyakan lady boss ini dipengaruhi oleh emosi dan perasaan dalam membuat sesuatu keputusan. Kebanyakan ye, bukan semua.... sebabnya sekarang ni aku pun di bawah kendalian 2 orang lady boss. Kadang-kadang agak pening juga kepala melayan ragam, perintah dan arahan daripada mereka.
Baru-baru ini aku berkesempatan berjumpa dengan seorang temanku. Kebetulan beliau mempunyai bos perempuan yang kuat bekerja. Yang aku kesian, bos dia ni kalau boleh 24 jam tak habis-habis nak kacau dia. Sampai hari cuti pun dia terpaksa melayan karenah bosnya. Gelabah tak tentu pasal. Sampai member aku bercuti lama pun dia nak tunggu member aku barulah kerja dapat disiapkan. Nak dikatakan tak pandai buat kerja, takkanlah kot sebab dia bos. Unless dia naik pangkat bukan atas kelayakannya ataupun meritnya... Pelik tapi benar. Kesian member aku tu..
Lagi satu yang aku perasan tentang lady boss ni ialah dorang suka bercerita pada teman-teman mereka tentang hal ehwal pejabat. Kalau bercerita benda-benda yang baik takpelah, ini semua benda asyik nak duk bergosip. Kadang-kadang perihal peribadi anak buah pun boleh dijadikan topik. Alahai, macam-macam ragamlah manusia ni. Tapi nak buat macam mana, inilah namanya adat resam kehidupan.
Nak jadik garang pun susah, nak jadi lembut sangat pun susah. Pendek kata, kalau kita sendiri pun yang menjadi ketua atau bos, pasti ada saja anak-anak buah yang tak berpuas hati dengan kita. Yang penting amanah mesti dilaksanakan, tak gitu?
Adios...
7 Responses
  1. Nailofar Says:

    GM: sy malas nak komen banyak2 coz sy pun pompuan gak..mungkin satu hari nanti sy pulak jadi bos.Setakat hari ni sy dah penah keje dengan 5 org lady boss dengan pangkat berbeza2 la.Byk kes haru laaa..

    da laaa..mls nk komen..


  2. pengalaman aku dengan 2 bos pempuan, yg aku nampak diorang ni tak berani nak go beyond the limit. semuanya ikut rule. boleh dikatakan takut la. tapi diorang ni sporting. nak kata diorang dipengaruhi emosi pun tak boleh juga, sebab bos2 aku tu semuanya selalu mintak pendapat aku sebelum buat keputusan.

    tapi yg aku nampak, kebanyakan pekerja pempuan tak suka berboskan pempuan. diorang prefer lelaki.

    aku takde pengalaman pahit dengan bos pempuan. diorang bagus2. malah sebenarnya ada bos aku yg lelaki lebih cerewet dari pempuan pun ada.


  3. Nailofar Says:

    KS: tak dinafikan tak sume bos pompuan macamtu..cthnye kes sy ni.pernah keje bwh lady boss yang sorang tu..rilek je keje ngan die..siap boleh buat kawan lagi..

    tapi ada gak yang terasa diri dh besar sgt..bleh herdik maki org suka hati dia je..ada senior2 kena maki depan junior mcmtu aje.

    Ada sorang lagi lady boss sy yang PR dia tip top la.Ckp lembut je, tak pernah nak marah org tapi ramai gak org menyampah sebab rimas. Sume menolak keje dengan dia.yang tak tau nak bantah asyik kene buli jela.

    GM: hehe..kata tak nak komen banyak2 tapi terlebih komen lak..hangin!


  4. Insan Biasa Says:

    bos lelaki aku lagi teruk daripada bos pompuan aku dulu... bos pompuan aku marah2 gak, tapi cover aku kalau anything bos atas tanya... bos lelaki pulak guna staff utk personal, maki hamun, mencarut, pendirian tak tetap, kalau buat blunder staff kene jawab even though arahan dia... so bagi aku, ke"bos"san seseorang bukan terletak pada genitalnya, tetapi pada akalnya... kalau kepala besar tapi otak kecik besar semut, tak kira la laki ke pompuan, tetaplah bos itu mangkuk jua...


  5. Nailofar Says:

    Insan biasa: betul3..Bos yang taknak amik liability tu yang tak nak tu..Arahan dia last2 kite gak yang kene jawab..nak escape diri sendiri aje..lagi satu rimas la bos yang jenis spoon feed ni..keje remeh pun tanya anak buah, takleh decide sendiri ke.Selalu guna nama2 org lain (cth bos ni ckp..bos tu yang nak mcmtu), dia takde pendirian ke??nyampah!


  6. nailofar: amboi, meluahkan perasaan nampak..hehehe

    KS: anda masih lagi bernasib baik seperti saya yang mempunyai bos tidak banyak karenah..alhamdulillah..;)

    Insan Biasa: saya percaya anda boleh cope dengan sume tu..pengalaman anda pasti sudah mematangkan anda dalam berhadapan situasi sedemikian..

    P/S: aku amat bersetuju, genital bukanlah penentu..yang penting sikap seseorang bos itu sendiri


  7. Anonymous Says:

    Kalau sakit hati dengan bos, baca kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

    Pagi-pagi, sudah mencemuh,
    Si pemandu terus terdiam mengeluh,
    Bos ini jenis yang kecoh,
    Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

    “Ada pelanggan hendak jumpa”,
    Itulah kata si setiausaha,
    Bos enggan, mengantuk katanya,
    Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

    Bos memanggil mesyuarat mengejut,
    Ada pekerja berjalan bak siput,
    Bos pun menengking sampailah semput,
    Para pekerja terkentut-kentut.


Post a Comment